Wednesday, May 15, 2019

Hello cancer fighters!!

Assalamualaikum!

Sebenarnya kalau baca blog aku ni...aku tak suka nak claim yang aku ni cancer fighter..atau cancer survivor..

Aku lagi suka anggap yang masa aku kanser dulu satu fasa kejam dalam hidup yang aku terpaksa lalui

Dan bila aku dah habis semua semua tu...aku move on..

Kenapa aku tak suka pakai terms tu?

Sebab aku rasa ia meletakkan aku pada satu kelompok tertentu...

Almaklumlah..aku ni anti social tau...

Nak buka puasa ramai ramai bukan dengan ahli keluarga sendiri pun aku mengelak (the only big group..lebih 40 orang yang aku happy bila bukak puasa ramai2 adalah kat rumah nenek aku kat jb..huwaaaaa tahun ni tak merasa benda itu...sebab sis raya kat kuching..sedihnya raya diperantauan..drama)

Apatah lagi nak masukkan diri dalam kelompok random strangers yang sama sama mempunyai masalah kesihatan kritikal yang serupa

memikirkan sahaja keadaan tu aku dah rasa anxious... (ya allah ko tak boleh saiko lagi ke?)

Ok, sebenarnya tu intro je..takde kaitan langsung dengan isi kandungan penulisan aku dibawah ni...negeheheh

kali ni aku nak tulis pasal 2 isu

Issue pertama

Nasihat menasihati kepada pesakit kanser..

Serius tak tajuk?

Sebenarnya aku baru merayap kat ig random strangers yang sakit kanser..

Lepas tu dah nama pun ig..kakak ni post lah gambar dia makan dengan family..

Lepas tu lagi...ada pulak orang komen kat situ

"kak..jangan minum gula..tak baik utk pesakit C"

eishhhh aku kan...tak suka betul baca benda benda macam tu..

"kau kanser kan? kau jangan makan ni"

"kau kanser kan? kau jangan minum ni"

"xxx tak bagus utk orang kanser"

Kalau kau bukan pesakit kanser..atau kau bukan seorang doktor Pakar Kanser boleh tak kau jangan bagi tahu apa yang orang kanser TAK BOLEH consume???

Nak bagitahu apa orang patut consume pada aku not so bad la....sebab at the end of the day..masuk mulut pesakit tu sendiri..kalau benda tu mahal..dia tak mampu..dia tak beli...dia boleh pilih lagi nak dapatkan benda tu atau tak

Tapi..kalau benda tu memang pesakit tu nak makan...biar je la dia makan

Selalunya aku peratikannn je...yang suka sangat cakap jangan makan itu makan ini dia nya bukan sakit kanser pun..

Selalu mak dia lah, kakak dia lah, opis mate dia lah, anak jiran dia punya atok punya kawan lah...

aku marah sangat sebab aku jenis orang yang tak suka bila orang halang orang makan..

Pada aku konsepnya selagi benda tu halal...ko rasa nak makan...tolong lah makan...

Dan yang sibuk2 cakap tak yah makan itu ini..kau penah rasa tak jadi orang kanser?

kau penah rasa tak keadaan selepas chemo yang kau takde perasaan nak makan, yang lidah kau sakit, yang badan kau sakit, yang benda pahit kau rasa masin..tapi kau kena jugak makan..sebab kalau kau tak makan nanti bacaan darah kau lagi haywire dan kau tak boleh proceed next chemo dan tetiba kau terlintas nak makan cake, pastu ada malaun cakap "jangan makan cake! ada gula tak bagus utk pesakit cancer!" wtf (erghh)

 Entah entah cake tu benda terakhir dia ni makan sebelum ajal diambil...aiyoooo tak tauuu!! masa tu baru lah kan kau nak rasa terkilan kan?? "i should have let her have the cake" drama melayu pukul 7 sangat!

Chewahhh emosi gila aku ni pesal????

Tak..sebenarnya sebab aku kesian...aku pernah ada kat tempat pesakit tu..yang masa tetiba banyak (read 2-3 orang je..sebab aku kan tak bagitau orang :P) pulak orang nak jadi dietitian aku...tau tak sebagai budak gemuk..betapa stressnya aku!! nasib baik aku ni bijak dan selfish...benda terawal aku buat..aku letak sheild kat otak aku...dan aku fokus..hanya percaya cakap Doktor Rachael (oncologist) dan Dr KK (gynea) SAHAJA!!

Jadi..nasihat aku kat pesakit kanser...

Buat bodoh je wey dengan orang orang yang tak pernah kena cancer pun...kau percaya kata hati kau..dan cakap orang yang kau nak percaya je..kalau kata kau nak percaya cakap mak kau..by all means...(sebab aku selalu percaya jugak kadang2 selain sains, kata2 mak ke nenek ke..ada kebenaran disebabkan keberkatan dari mereka)

Ok, tu je lah isu pertama aku...

Isu kedua ni..lebih menggembirakan!

Citenye macam ni..

Tadi..aku pergi crazy movie day dengan zafri

tengok dua cerita sekali..pikachu dengan ugly dolls

Tolonglah jangna tengok ugly dolls..lagu2 dalam tu semua sangat positive sampai aku rasa fake gila!

(takde kaitan dengan isu aku pun :P )

So, antara gap 2 cerita ni..aku nampak ada email notification...so aku bukak la email aku tu...

Tahu tak??

Ada orang email aku dan btau dia kanser dan dia pembaca blog aku!

Ya Allah terharunya aku

sebab ada orang baca dan suka blog aku ni selain sarah adnan *cry*cry*

hehehe...masa aku dapat email tu..rasa macam menteri je..ada orang email gitewwww (taknak lah rasa macam artis...tak suka lah aku..motip, suka pulak aku nak jadi menteri)

takdelah..apa aku nak cakap sebenarnya..aku happy gila sebab seperti dalam email aku dapat tu..dia cakap..dia dapat merasakan aura positif dari blog sesendu alam aku ni

Terima kasih lah kepada pembaca blog ini sebab merasa begitu..i is terharu..

Dan aku lega sebenarnya, sebab aku indirectly dapat bantu orang yang sakit kanser ni menjadi cool seperti aku..(cool ke ko gila?? padahal tiap kali nak kena cucuk jarum sampai hari ni merah merah muka aku stress)

Semoga sesape yang ada cancer dan baca blog aku ni dapat lah rasa happy sikit dan kalau kata dapat tukar mind set dari takut dan risau kepada lebih tenang walau sikit pun..aku sangat happy dapat membantu

Sebab truth is..selain dari kewangan..masa kau kanser tu....mental n emotional strength je yang paling kuat untuk ko move on..

Ok lah..aku ni cari nahas sebenarnya stay up malam pukul 3 pagi tulis blog 30 minit bila mana assignment aku tak siap siap...

Geram betul aku dengan diri sendiri..rasa nak sepuk sepuk je..

ok lah..bye bye semua..

Eh cop..untuk yang email aku tu..nanti iols free2 iols balas eh..nak raya ni khen..pecah kaca pecah gelas...saya dah baca..nanti saya balas...hehe

Sunday, May 12, 2019

Hidup dengan bronchiectesis

Assalamualaikum!

Ok..sepertimana pengikut  blog aku sedia maklum..

Selepas aku chemo..aku kena 2 kesan major

1. Masalah gigi yang aku dah selesaikan dengan jumlah kerosakan poket hampir RM7ribu!! sebab segala mak nenek crowing la root canal la..eihh geram la aku cte

2. Masalah paru paru berparut..atau nama saintifiknya bronchiectasis

Jadi..hari ni aku nak cerita kisah kehidupan seorang penghidap bronchiectasis..

1. Masalah ini bukan reversable..bukan macam kanser yang bila ko nasib baik chemo ko berkesan..lalu cell2 cancer kau mati..nope...ia lebih teruk dari itu..sebab aku kena hidup dengan benda ni forever and ever you'll stay in my lungs..

2. Kalau kanser tu ada cell cell dan ketumbuhan ketumbuhan tambahan dalam badan ko...sakit paru paru aku ni macam defect pada paru paru aku..sebagai contoh..aku amik analogi yang dr fauzi selalu suka sangat nak kasik aku...kereta...katakan lah badan ku ini sebijik kereta (make it a bmw please!)..sakit paru paru aku ni..umpama sebahagian dari gear box aku rosak sedikit...of kos aku tak boleh menikmati pemanduan seperti kereta baru..tapi tak bermakna aku terus tak boleh gerak..well i'm bmw mind you! harus lah aku berusaha untuk sesuaikan diri dengan hidup yang baru...cuma..sebab gear box aku dh rosak..aku kena selalu la hantar kat auto bavaria buat servis bila ada hiccups sikit...

3. Bila ada scar kat paru paru aku ni...scar tu akan menyebabkan aku lebih mudah kena jangkitan virus ke bakteria

4. Selain dari tu...bila aku dah kena jangkitan..segala mak nenek batuk la selsema la..dengan mucus tu...melekat lah pulak lendir lendir itu beramai ramai di paru paru aku

5. Menyebabkan..bila aku kena attack je..amik kau...kahak aku bukan sikit sikit boleh buang guna tissue...tapi utk kes aku..memang sekali aku batuk berkahak..memang penuh satu cawan....

6. Bonus point...aku selalu batuk waktu malam..dalam pukul 9 10 macam tu..dan since couple of hours before that aku makan..selalu nya..aku akan batuk mengeluarkan kahak beserta apa aku makan...memang terbaik lah untuk membantu program diet aku khensss...

7. Selepas 3 kali aku kena serangan major..aku perhatikan yang aku paling mudah dijangkiti bila aku over over dekat dengan orang yang selsema..batuk..demam...kalau setakat 1 bilik je..aku susah jugak nak jangkit...tapi bila anak anak buah aku demam..dan aku tiap hari datang geletek diorg dan peluk cium diorang...kompem..beberapa hari kemudian aku kena jangkit..tapi lebih teruk..jadi..bila anak anak buah aku dah sihat..aku tetap jugak batuk batuk berkahak selsema selebet serabai semua lah..eihh rimas

8. Jap..sebelum tu..aku rasa penyakit ni adalah penyakit untuk orang yang bernasib baik..sebab aku didiagnos pun sebab aku kena pegi CT scan...Sebab aku bekas pesakit kanser..cuba kalau kata aku takde kanser...mesti aku kena xray je..dan tak semua scar tu boleh nampak dalam xray..jadi..sebagai manusia positip seperti fazura..aku bersyukur aje lahhh

9. Jadi...selepas aku mengeluh, bersedihan, tidak dapat menerima hakikat...dan seterusnya dibebel dan dimotivasikan oleh Dr Fauzi...dia kasik aku tips untuk manage keadaan aku ni..senang je (well easier said than done la ofkos).. mula mula...jaga diri..elakkan diri dari tempat tempat dan manusia manusia berisiko...lepastu kalau kata aku terkena jugak sakit...kawal perasaan dan minda (ok over..ni aku yang cakap)...macam biasa, amik ubat ubat yang dia dah sedia kan..ubat demam, paracetamol, ubat selsema, dan yang paling penting, ubat cair kahak...ada 2 jenis..1 yang power dan mahal nama dia flumicil..satu lagi kurang power tapi jauh lebih murah..nama dia aku tak ingat sebab masa doktor bagitau..aku dah sihat walafiat..aku buat donno je..lalu disaat dan ketika ini aku menyesal...dan..kalau kata aku sesak nafas..pakailah nebulizer yang dibekalkan...(so sad)...kalau teruk sangat pergi lah klinik berdekatan..dan bagitahu pasal bronchiectasis ni...bukan bronchitis ye..sila amik peduli...kalau tak baik jugak..pintu Dr Fauzi sentiasa terbuka..gitcheww... ohh..dan akhir sekali sepertimana nasihat semua doktor aku yang lain..live your live happily, stay positive, eat healthy, do some exercise, dan banykkan berdoa..

Ok..tu je lah kot...

Sebenarnya disaat aku menulis ni..aku saspek aku nak kena serangan kahak besar besaran...aku baru je muntah 2 ketul besar kahak disertai nasi yang aku makan masa buka tadi..nice...

Taapi, aku jugak dah bijak..dah amik panadol, ubat selsema, dan ubat cair kahak..

kepala aku pun dah dingdong..wengweng..lalalal..

Mungkin...masa untuk tidur..

Jadi, assignment..jumpa anda esok hari je lah eh..

bye semua!

Selamat berpuasa!!!