Wednesday, April 3, 2019

I need you to do me a favor...

Awak balik nanti..tolong hafal nama sakit awak ni

Bronchiectasis

Assalamualaikum

Hai semua pembaca blog sendu...

Special hye to sarah adnan penanti setia blog aku (begitu yakin)

Ok..jadi..ayat kat atas tu lah yang doktor fauzi...cakap kat aku hari selasa lepas

Ceritanya begini...

2 selasa yang lalu..

Tiba tiba takde angin takde asap..

Aku bangun tidur je..suara aku takde..dengan selsema..dengan batuk

Gigih jugak petang tu aku pergi kelas dan berdiskusi ilmiah dengan lecturer aku...

Selepas beberapa hari, hari Jumaat tu, suara aku elok..batuk semua hilang..sakit tekak je sikit sikit

Tapi, gigih pulak aku pergi kareoke khenn

Melalak lah aku dalam karaoke tu konfiden yang suara aku sesedap katy perry

Esoknya suara tekak aku sakit balik

Selasa berikutnya aku sesak nafas pulak..batuk batuk

Oleh sebab assignment aku tak siap jugak..dan yang lebih penting keadaan kesihatan aku yang merundum

Aku terpaksa pergi klinik..

Dan as expected..aku kena amik neb..

Dan dapatlah mc 2 hari..

Minggu lepas aku sangat tidak sihat...

Tapi, aku gigihkan jugak diri..sebab aku nak jugak jadi pengurus majlis customer aku..

Dan sebab customer aku ni sangat lah super duper baik..dan dah la dia customer pertama aku...

Sakit tak sakit..aku gagahkan diri..

(and it went well...dia sangat happy..aku sangat happy..and i know they will live happily ever after..giteww)..

Ok...selepas habis majlis..aku sambung pulak tolong kat pameran pengantin

Esoknya, hari ahad..hadoi..suara aku hilang balik...sesak nafas pulak melampau lampau

Oh lupa, sejak jumaat malam tu..setiap malam aku akan muntah

Tapi muntah kahak..tapi bukan sikit tau

macam 2 tapak tangan...dan seketul sebijik macam tu

Color dia jernih dan foamy

Masuk je isnin malam selasa...

Ok..aku tak kira, aku kena jumpa balik doktor yang rawat paru paru aku dulu...

Pekara pertama dia tanya aku masa masuk bilik dia..

"apa doktor cakap kat awak masa awk pergi klinik?"

Aku tunjuk surat mc

"bronchitis, asthma"

"Awak ingat tak awak sakit apa?"

Alamak...bronk..bronk..tisis tisi apa benda eh doktor...ala yang ada parut lah kat paru paru saya

Lalu doktor tu amik satu kertas...dengan tenang dia cakap sambil menulis

"I need you to do me a favor..awak hafal ni..atau awak simpan..amik la gambar dalam fon awak...lain kali kalau awk kena pergi klinik...atau jumpa doktor...tunjuk kat diorang sakit awak ni"

Dan masa tu...macam angin bayu membawa diri aku..aku baru tersedar

Yang sakit aku ni sesuatu yang permanent

Bukan macam kanser yang aku sekarang dah "bye bye ***ch" kan kat dia...

Atau bukan jugak macam chostrochondirtis yang jugak aku dah bye bye kan...

Bronchiectasis ni satu benda permanent..yang aku kena hidup dengan dia forevahhh and evahhh

Lepas aku cerita cerita dengan doktor...

Aku tanya lagi...lagi dan lagi..

Aku tanya..boleh baik ke? permanent ke? walau aku tahu jawapan dia

Last last..doktor fauzi yang super lembut dan sopan tu cakap kat aku...

"******n...macam ni...awak kena belajar untuk redha...macam awak kena kanser dulu..apa awak buat?"

saya takde pilihan...saya kena juga hadap

"sama lah macam ni ******n...saya takde kuasa nak kembalikan keadaan awak macam dulu...apa yang saya boleh buat...kita sama sama kawal..supaya tak jadi lebih teruk..tugas saya untuk guide awak..dan kasik rawatan yang paling sesuai untuk awak"

Saya kena selamanya pakai mask ke? rimas lah doktor..saya takut lah doktor

"itu soalan yang ramai orang tanya saya..jawapan dia..itu salah satu cara nak mengelakkan dari awak kena jangkitan..tapi ******n...saya nak tanya awak...awak drive kereta tak?"

Drive..

"awak tak takut ke awak accident?"

Hmm..Tak

"macam tu lah...kita ni memang sentiasa ada risiko..tapi..macam awak bawak kereta..awak naik kereta, awak pakai seat belt..awak nampak mat rempit awak elak....saya dapat rasa banyak negative vibes dari awak ni...kurang kan lah...cuba terima hakikat..dan hidup macam biasa...cuba elak apa yang patut...tapi selain tu..jalani hidup awak seperti biasa"

Serious aku cakap...

Sejak aku baik kanser

Dah lama aku tak dapat sessi muhasabah diri

Dan Dr Fauzi "paksa" aku untuk muhasabah

Dia ingatkan aku..konsep Redha, Konsep Hidup ini perlu mengambil risiko, dan yang paling penting untuk sentiasa positive dalam hidup..dan teruskan hidup..dengan buat apa benda yang aku nak dan aku suka...

Hmmmmm

At the end of the day...sepatutnya aku yang kawal mental aku kan?

Jadi..let's live life and let's enjoy songkran next week!!!

Ok..bye!


nah..share la gambar customer aku belanja donut masa pulangkan baju.cute gila lah diorg dua ni....

1 comment:

Sarah said...

yes yes here i am hehe