Tuesday, July 31, 2018

It's a WRAP!!!

Assalamualaikum...

Semalam adalah kali pertama aku pergi check up selepas aku habis chemotherapy...

Dalam 3-4 hari sebelum hari kejadian, tiba tiba aku diserang anxiety attack...

Semuanya sebab aku gatal gatal berlayar layar di alam internet..

Dari satu clik ke satu click...lepastu aku tersampai ke instagram seorang cancer fighter ni...

Mula mula ok, dah habis chemo semua, lepastu a year later kena chemo balik, lepastu meninggal..

Lalu cuak cuak lah aku sorang sorang memikirkan macam mana kalau kata aku g chekup ni sume cancer marker aku teruk...camne kalau kata aku kena scan balik..camne kalau itu kalau ini...

Tapi, hakikatnya kita tak dapat lari dari realiti, be it baik atau buruk...

Jadi, semalam aku gagahkan jugak otak dan hati pergi hospital

Dan baru aku tau, aku memang sememang memangnya penakut sakit, sebab nak cucuk balik kat chemoport tu pun, muka aku sampai merah merah kata kakak nurse tu...

Dia siap offer aku suruh baring lepas dah amik darah tu, sebab takut aku pengsan...over sungguh...

Tapi, iols is ok..dah settle amik darah as usual, tunggu sejam lebih..lalu aku pergi lah makan nasi lemak dulu kat bawah...

Tak tahu sama ada aku dah betul betul sihat, atau selera makan aku dah pulih, atau tiba tiba aku ada saka, semalam aku rasa nasi lemak prince court tu begitu sedap...hahahaha

Finally, lepas almost 2 jam, aku masuk jumpa Dr Rachael...

Cuak okey...

Tapi...ayat first dia selepas "hello! how are you? come have a seat" adalah:

"Everything looks good!"

Yahooo...

Dan kesimpulan aku dapat dari perjumpaan dengan dia semalam adalah:

1. results darah aku A-Ok
2. aku tak perlu lagi buat scan...Kecuali, pada anniversary 1 tahun nanti, kalau aku nak buat, just to make sure, dia akan benarkan...TAPI, kalau aku bersikap kiasu, bila dah scan 1st year tu ok, aku still mengada nak buat scan 2nd year, 3rd year, 4/5/6/7 year..dia seboleh bolehnya tak kan menggalakkan, sebab itu cuma mendedahkan diri aku pada radiasi
3. basically, aku dah boleh hidup macam normal..tak payah nak semak kan otak "eh..aku ada cancer ke tak eh?"...justtttt in case one fine day, tibahhh aku ada cancer, aku akan assume yang itu adalah sesuatu yang baru, aku start fresh balik, tidak ada kaitan dengan apa yang aku dah lalu selama ni...aku pun malas nak tahu dan fikir lebih lebih...
4. dr rachael kata, makan apa aku nak, tapi untuk fast food, try to avoid, setahun 2 kali ok la..dan bila aku tanya, ada ke bahan bahan dalam product kecantikan (cantik ke aku??) yang perlu aku elakkan, dia kata, takde,jadi, aku akan guna je la apa apa product mengikut duit yang aku ada..kah kah kah..dan aku percaya, modesty is the key..untuk aku, aku tak perlu lah cleanser, toner, serum, vitamin, sunblock, moisturizer, blusher, highlighter segala mak nenek tu, sekadar pencuci muka dan moisturizer klu aku rajin, lagi pun kan aku feeling feeling natural beauty :P
5. lepas ni, aku tak payah jumpa Dr Rachael frequently, alternate dgn gynea, Dr KK sebab boleh scan skali. Selagi result darah aku ok, scan ok, dan aku takde tetiba rasa tak selesa kat mana mana bahagian badan aku, aku boleh henti kan otak saiko, atau mencari cari penyakit..hidup macam sebelum ini ye..tak payah hidup dalam ketakutan membazir tenaga je...
6. untuk period pulak since period aku dah stop sejak chemo 1st..dia kata, biasanya it'll take up to 1 year..yay! tak payah beli pad kahkahkah..dan boleh je solat dan baca quran bila bila...tapi, ada jugak possibility early menopause...OMG!!!! habislah muka aku berkedut macam orang tua...ngahaha..tapi part tu aku malas nak fikir banyakbanyak lagi, nanti aku dapatkan opinion Dr KK pulak...mana tahu ada hormon therapy whatsoever andai kata aku menopos awal...wakakaka
7.untuk meneruskan IVF, aku disarankan untuk rehat dulu sekarang, maybe lepas PET scan, few months after that...jadi, bayang bayang bayi dalam hidup aku dan momo, paling cepat lagi setahun setengah ke 2 tahun lah...sementara itu, boleh lah kami hidup bahagia "berdua lebih baik" dulu...dan adalah masa aku nak habiskan master aku dengan aman dan segera ya

Ok, tu je la rasanya.jadi, aku nak pandai pandai announce yang "aku dah cancer free"...hahahahahah..konfiden kena tinggi ye...

Wow tak sangka aku dapat melalui segala gala kesengsaraan separuh tahun ni..berapa kali hati dan otak aku rasa nak pecah berdebar debar tunggu keputusan, tunggu nak kena procedure..berapa kali aku nangis tahan sakit, sebab tu je pun yang aku boleh buat, berapa kali aku buat the whole big family aku risau, berapa kali aku merengek kat kawan kawan aku malam malam, bila aku dah google sampai nak pecah phone lepastu sendiri risau...phewwww tak sangka boleh habis semua tu dengan jaya nya...terharu gila weyyy

Jadi, selepas ni, aku dah tak nak asyik tulis pasal cancer dalam blog aku ni, aku dapati membaca pasal cancer adalah sesuatu yang depressing...sesuatu yang menakutkan dan tak best...jadi, aku decided untuk tak tulis sangat pasal cancer dah..maybe aku akan cerita padal hidup aku yang sangat lame dan boring ni..sukati korang la nak baca tak, aku nak tulis jugak..

Oh..tapi, kalau kata ada sesiapa yang nak tahu pengalaman aku dengan lebih mendalam, sila kan je tanya, aku ok je nak cerita, would be happy to help :)..

Dan, quoting from Kingsman The Golden Circle masa dia kawen tu, dan aku alih bahasa kan:

" Ini bukan pengakhiran, bukan juga permulaan, ini adalah pengakhiran bagi sebuah permulaan"

Alhamdulillah, all praise is due to Allah for my wonderful journey...

Inilah anjakan paradigma yang aku tunggu tunggu!

Bye!

No comments: