Assalamualaikum...
Semalam adalah kali pertama aku pergi check up selepas aku habis chemotherapy...
Dalam 3-4 hari sebelum hari kejadian, tiba tiba aku diserang anxiety attack...
Semuanya sebab aku gatal gatal berlayar layar di alam internet..
Dari satu clik ke satu click...lepastu aku tersampai ke instagram seorang cancer fighter ni...
Mula mula ok, dah habis chemo semua, lepastu a year later kena chemo balik, lepastu meninggal..
Lalu cuak cuak lah aku sorang sorang memikirkan macam mana kalau kata aku g chekup ni sume cancer marker aku teruk...camne kalau kata aku kena scan balik..camne kalau itu kalau ini...
Tapi, hakikatnya kita tak dapat lari dari realiti, be it baik atau buruk...
Jadi, semalam aku gagahkan jugak otak dan hati pergi hospital
Dan baru aku tau, aku memang sememang memangnya penakut sakit, sebab nak cucuk balik kat chemoport tu pun, muka aku sampai merah merah kata kakak nurse tu...
Dia siap offer aku suruh baring lepas dah amik darah tu, sebab takut aku pengsan...over sungguh...
Tapi, iols is ok..dah settle amik darah as usual, tunggu sejam lebih..lalu aku pergi lah makan nasi lemak dulu kat bawah...
Tak tahu sama ada aku dah betul betul sihat, atau selera makan aku dah pulih, atau tiba tiba aku ada saka, semalam aku rasa nasi lemak prince court tu begitu sedap...hahahaha
Finally, lepas almost 2 jam, aku masuk jumpa Dr Rachael...
Cuak okey...
Tapi...ayat first dia selepas "hello! how are you? come have a seat" adalah:
"Everything looks good!"
Yahooo...
Dan kesimpulan aku dapat dari perjumpaan dengan dia semalam adalah:
1. results darah aku A-Ok
2. aku tak perlu lagi buat scan...Kecuali, pada anniversary 1 tahun nanti, kalau aku nak buat, just to make sure, dia akan benarkan...TAPI, kalau aku bersikap kiasu, bila dah scan 1st year tu ok, aku still mengada nak buat scan 2nd year, 3rd year, 4/5/6/7 year..dia seboleh bolehnya tak kan menggalakkan, sebab itu cuma mendedahkan diri aku pada radiasi
3. basically, aku dah boleh hidup macam normal..tak payah nak semak kan otak "eh..aku ada cancer ke tak eh?"...justtttt in case one fine day, tibahhh aku ada cancer, aku akan assume yang itu adalah sesuatu yang baru, aku start fresh balik, tidak ada kaitan dengan apa yang aku dah lalu selama ni...aku pun malas nak tahu dan fikir lebih lebih...
4. dr rachael kata, makan apa aku nak, tapi untuk fast food, try to avoid, setahun 2 kali ok la..dan bila aku tanya, ada ke bahan bahan dalam product kecantikan (cantik ke aku??) yang perlu aku elakkan, dia kata, takde,jadi, aku akan guna je la apa apa product mengikut duit yang aku ada..kah kah kah..dan aku percaya, modesty is the key..untuk aku, aku tak perlu lah cleanser, toner, serum, vitamin, sunblock, moisturizer, blusher, highlighter segala mak nenek tu, sekadar pencuci muka dan moisturizer klu aku rajin, lagi pun kan aku feeling feeling natural beauty :P
5. lepas ni, aku tak payah jumpa Dr Rachael frequently, alternate dgn gynea, Dr KK sebab boleh scan skali. Selagi result darah aku ok, scan ok, dan aku takde tetiba rasa tak selesa kat mana mana bahagian badan aku, aku boleh henti kan otak saiko, atau mencari cari penyakit..hidup macam sebelum ini ye..tak payah hidup dalam ketakutan membazir tenaga je...
6. untuk period pulak since period aku dah stop sejak chemo 1st..dia kata, biasanya it'll take up to 1 year..yay! tak payah beli pad kahkahkah..dan boleh je solat dan baca quran bila bila...tapi, ada jugak possibility early menopause...OMG!!!! habislah muka aku berkedut macam orang tua...ngahaha..tapi part tu aku malas nak fikir banyakbanyak lagi, nanti aku dapatkan opinion Dr KK pulak...mana tahu ada hormon therapy whatsoever andai kata aku menopos awal...wakakaka
7.untuk meneruskan IVF, aku disarankan untuk rehat dulu sekarang, maybe lepas PET scan, few months after that...jadi, bayang bayang bayi dalam hidup aku dan momo, paling cepat lagi setahun setengah ke 2 tahun lah...sementara itu, boleh lah kami hidup bahagia "berdua lebih baik" dulu...dan adalah masa aku nak habiskan master aku dengan aman dan segera ya
Ok, tu je la rasanya.jadi, aku nak pandai pandai announce yang "aku dah cancer free"...hahahahahah..konfiden kena tinggi ye...
Wow tak sangka aku dapat melalui segala gala kesengsaraan separuh tahun ni..berapa kali hati dan otak aku rasa nak pecah berdebar debar tunggu keputusan, tunggu nak kena procedure..berapa kali aku nangis tahan sakit, sebab tu je pun yang aku boleh buat, berapa kali aku buat the whole big family aku risau, berapa kali aku merengek kat kawan kawan aku malam malam, bila aku dah google sampai nak pecah phone lepastu sendiri risau...phewwww tak sangka boleh habis semua tu dengan jaya nya...terharu gila weyyy
Jadi, selepas ni, aku dah tak nak asyik tulis pasal cancer dalam blog aku ni, aku dapati membaca pasal cancer adalah sesuatu yang depressing...sesuatu yang menakutkan dan tak best...jadi, aku decided untuk tak tulis sangat pasal cancer dah..maybe aku akan cerita padal hidup aku yang sangat lame dan boring ni..sukati korang la nak baca tak, aku nak tulis jugak..
Oh..tapi, kalau kata ada sesiapa yang nak tahu pengalaman aku dengan lebih mendalam, sila kan je tanya, aku ok je nak cerita, would be happy to help :)..
Dan, quoting from Kingsman The Golden Circle masa dia kawen tu, dan aku alih bahasa kan:
" Ini bukan pengakhiran, bukan juga permulaan, ini adalah pengakhiran bagi sebuah permulaan"
Alhamdulillah, all praise is due to Allah for my wonderful journey...
Inilah anjakan paradigma yang aku tunggu tunggu!
Bye!
Tuesday, July 31, 2018
Sunday, July 22, 2018
Post Post Post Post Post Chemo
Assalamualaikum...
Minggu depan, 30 July 2018 adalah perjumpaan pertama aku dengan Dr Rachael selepas aku tamat cycles chemo aku..
Tak sangka dah hampir 2 bulan aku selesai dengan kekejaman chemo...
Dan sampai ke saat ini aku masih trauma dengan kesakitan post chemo...bila aku duduk duduk dan berfikir..aku rasa aku lebih rela kena operate yang panjang sejengkal tu lagi instead of kena chemo lagi...begitu bencinya aku dengan chemo...hmphh
Sampai ke kejap tadi jugak aku dapat rasa catheter chemoport aku ni bergerak gerak dan kadang kadang rasa sengal sengal..dan memandangkan aku ni sejenis manusia takut sakit..bila rasa ada wayar bergerak bawah kulit..aku trauma sengsorang...dah la chemoport aku ni tak mendap mendap lagi..dan wayar kat leher tu pun masih kelihatan tersembul..hishhh
Tapi, tolak semua benda tak best tu ke tepi...yay! aku dah mula hidup macam manusia normal...
Best part is..kening aku dah tumbuh wey!!! masa kening aku jatuh hari tu, tak silap aku lepas chemo ke 4 atau 5...aku risau gila.sangat risau berbanding kepala aku jadi botak licin..risau sebab bila aku baca, kening adalah rambut yang paling lambat tumbuh...ada yang sampai setahun...dan bila kening aku mula jatuh hari tu lah, muka aku paling nampak macam orang sakit...aku tak suka betul melihat pandangan kasihan dari ramai orang... :(...tapi alhamdulillah, tak sampi 2 bulan..aku dah ada kening straight aku balik..dan dapat lah aku berkesempatan menjadi pengapit nani tanpa perlu mengenakan sebarang make up...sebab aku yakin aku cukup cantik...wakakakakaka
Selain tu jugak rambut aku dah tumbuh...awhhh aku akan rindu saat aku botak licin..dimana abah aku selalu usap kepala aku...dan anak anak buah aku, terutamanya fayyad melampau lampau, bila nampak aku di tepek kepala aku yang memantulkan cahaya tu..hahahaha...dan family aku yang lain pun, aku rasa almost semua yang sempat nampak kepala licin aku usap kepala aku..hahaha...those little happy moments...
Aku jugak dah balik rumah aku, jadi separa suri rumah balik..aku dah start buat sikit sikit kerja rumah (dah kekdahnya memang aku tak sakit pun aku tak la beria buat kerja rumah pun :P )...aku dah mula buat benda paling aku suka...basuh baju :P...dan ofkos la momo ni, aku peratikan je..bila aku ada ni..banyak pulak baju kotor..hahahaha..tapi takpe la, stakat masuk machine je..apa ada hal..
Tapi, aku pelik jugak, bila aku start melakukan aktiviti manusia normal..badan aku selalu sakit sakit...duluuuu sebelum aku chemo and such..aku selalu je tiba tiba buat kerja berat, macam cat rumah...atau angkat barang barang berat, atau menapak dari masjid jamek ke sogo...dan badan aku ok je..takde la kejang ke apa...tapi, aku perasan, lepas aku chemo ni, almost everyday, aku bangun dengan rasa stiff especially kat kaki, dan parts yang aku buat kerja lebih sikit..contoh, kalau aku angkat berat, esoknya lengan aku sakit lah..dan, sendi jari jari aku selalu jugak sakit bila bangun...tapi itu aku 99% salahkan diri sendiri sebab obsess main fon, menyampah betul..ntah apa apa ketahikan lah aku baca kat internet, fynn jamal yang aku tak minat tu lah,comments kat yahoo news yang hampir semuanya berbaur perkauman lah, instagram artis artis yang tak signifikan langsung dalam hidup aku lah...sampah betul lahhh geram aku, sebab tak dapat mengawal diri dan nafsu.demmit
Ada jugak benda yang aku rindu...contohnya, melepak rumah nenek aku 10 hari lepas habis chemo...ahhh..tu benda paling aku rindu..tapi..yela,,iolskan bini orang...kesian pulak momo kalau aku dok rumah nenek aku lama lama..walaupun kekdahnya aku duduk rumah dia kluar kol 7 balik pukul 8 malam..tapi malam2 boleh la dinner sama...baju dia boleh lah aku basuh etc...tapi, nasib baik momo memahami, kadangkadang aku cabut jugak merayap rayap ke sana sini 2-3 hari...contohnya macam hari ni yang tiba tiba aku rasa nak balik jb..sebab atok aku baru call sedih2 sebab dah lama tak jumpa aku..heeee...tu la lama sangat berkampung kat rumah nenek aku hari tu..kan dia dah rindu aku..baiklah..aku nak balik lah jb..aku kan cucu atok..
Kadang kadang, aku rindu jugak ambiance day care oncology tu..sebab ada muka muka yang aku dah familiar..dan aku boleh borak..tapi..aku sumpah taknak lagi -hariselepas hari chemo tu...so, bye bye day care oncology, that is all for me..huhuhu
Selain tu..hidup aku macam biasa, tido, makan, tengok tv, berangan angan nak pergi bercuti..sementara nak tunggu bukak sem september nanti..
Kesimpulannya, kita tak kan appreciate sesuatu sampai kita kehilangan benda tu..dan perasaan hampir kehilangan tu adalah sesuatu yang sangat menakutkan..jadi..dari aku betul betul hilang...sama ada hilang nyawa, hilang orang orang yang aku sayang, atau hilang benda benda yang aku ada, baik aku hargai apa yang ada...aku dah rasa bagaimana bila kau tahu yang ajal tinggal sikitttt je nak datang...phewwww..tak boleh describe...
ok lah, apa aku merepek ni..bye lah!

Monday, July 16, 2018
Soalan Bonus
Assalamualaikum..
Hewhewhew..berlagak gila kan aku..mentang mentang dah habis chemo..dan dah merayap rayap ke sana sini..terus aku lupakan blog sendu aku ni..
Hari tu masa mereput dari satu chemo ke satu chemo bukan main rajin aku type...
Ye lah ye lah...my bad..my bad..
Ok, jadi hari ni genap sebulan 14 hari dari hari last chemo aku...
Kebanyakan hari..aku rasa macam hidup normal...sebelum sebelum ni..
Tapi, kadang kadang, aku cuak cuak sendiri..terfikir.."eh...ntah ntah ada lagi cancer cells"
atau "eh..corrector aku ni buat tak keje keje penghapusan sel sel mutasi dalam badan aku"
atau "betul ke aku cancer hari tu?" hmmm
Sorry, aku memang ada masalah mental terlebih fikir benda yang tak patut aku fikir pun..ntah apa apa, baik aku buat benda lain..(seperti menulis kat blog ni :P )
Jadi, hari ni aku nak kumpul, semua soalan yang aku dapat, lepas aku bagitahu orang aku cancer...
Selain dari hebahan Momo kat social media dia, ada jugak orang orang yang tahu, bila tiba tiba diaorang terjah rumah mak bapak atau atok nenek aku, dan tiba tiba nampak aku botak..hmmm
Biasanya muka diorang mcm terkejut beruk, lepas tu macam cover cover buat buat borak macam biasa, lepas tu, dalam beberapa minit lamaa kemudian, atau beberapa hari berikut, baru diorang tanya mak bapak atau atok nenek aku...ngehh...
Aku akan rindu tengok muka terkejut mereka semua..hahahaha
Ok, jadi, berikut adalah siri soalan lazim yang aku dapat, dan aku sertakan dengan jawapan lazim yang aku kasik...
1. Apa perasaan bila tahu ada cancer?
- Takut. Bukan takut mati, takut tinggalkan dunia ni, sebab sayang sangat kat dunia yada yada...Tapi, no 1 yang aku takut adalah segala jenis procedure yang aku bakal lalui....gila tak takut wey...aku, jarum pun takut, apatah lagi nak kena hadap chemo la, scan la, gila lah...kadang kadang aku fikir, gigih jugak aku sebab lalu jugak semua benda tu...erhhh kalau nak ulang lagi semua procedure tu..haiyohhh mau aku nangis 3 hari 3 malam...malah, sampai pagi tadi tiba tiba aku seriau sendiri fikir nak pergi check up 31 july ni, nak kena cucuk kat chemoport tu...huuuu..takut nyaaa..oh, lagi 1, aku takut sebab aku rasa amalan aku sangat lah sikit...kalau kata aku mati, abis lah aku..free free kena sebat dalam kubur..tapi yang bestnya, bila tau sakit, aku jadi rajin sikit beribadat...kadang kadang aku rindu diri aku masa aku tengah sakit teruk tu..masa tu aku doa dengan sangat ikhlas..sekarang ni, sebab aku sombong, konon konon dah sihat, kadang kadang sembahyang pun express...haishhh..manusia manusia...teruk betul lah..menyampah aku dengan diri sendiri bila time aku macam lemau lemau tu...hmmm
2. Apa perasaan bila habis chemo?
- Seronok la weyyyyyy..gila tak seronok...aku rasa 31 May 2018 adalah hari paling aku happy sepanjang hidup..aku tak dapat jelaskan macam mana happynya aku..happy la wey...happy gila..aku ingat lagi, dalam setahun lebih yang lalu, aku jumpa kaunselor, dan aku tanya dia "macam mana rasa happy doktor?"...dia tak dapat define dengan jelas kat aku, tapi, 31 May 2018 hari tu, akhirnya, aku rasa macam mana rasa happy..ok, indescribable...
3. Panas tak chemo?
- Untuk aku, tak..tapi, aku sejuk je wey..dari hari 1st chemo, aku siap berstokin badai kat day care oncology tu, bila balik berselimut tebal..tidur tak bukak aircond, bukak kipas, pastu kadang kadang siap tutup je kipas tu..aku rasa, aku rasa sedikit panas, lepas chemo yang last tu..dalam 1-2 hari, tapi takde lah sampai nak mandi constantly. rasa macam pergi jalan kat jalan tar tgh panas terik je...
4. Ada pantang tak makan?
- Ada, pantang jumpa...wahaha..ok, seperti yang aku selalu cakap..aku takde pantang...sebab aku putuskan nak dengar cakap Dr Rachael dan Dr KK SAHAJA..iaitu, takde pantang..cumanya, aku kurangkan lah makanan yang aku rasa tak bagus, contohnya makanan segera (yay!!! aku berjaya tak makan apa apa burger mcd lebih dari 7 bulan kot...satu pencapaian..dulu keje kat tgh kl..hampir tiap minggu makan burger)...aku tak makan benda benda ni pun, sebab general knowledge yang fast food tak bagus, bukan sbb kanser je, tapi sebab benda benda lain la, high in itu, high in ini..selain dari tu, semua nya aku makan, in moderate...(ok tipu. kadang kadang aku melantak je macam bela saka)
Setakat yang aku ingat di petang yang hening ni, tu je lah...nanti kalau aku rajin atau teringat, aku share lagi eh..
hewhewhew..aku masih happy sebab tak percaya aku dah berjaya habiskan 6 kali chemo...
Oh, nway, kening aku dah tumbuh..yay! aku tak lagi kelihatan seprti alien...yeah..
Aku baca, kening paling lambatttt tumbuh, sampai 1 tahun ada orang..tapi aku rasa untuk aku, kening aku lagi cepat dari rambut..
See, sebab tu lah jangan percaya apa yang ditulis kat internet ni, sebab pengalaman sakit setiap orang berbeza, nak baca sekadar nak tahu ok lah, nak percaya lepas tu takut sendiri (macam selalu aku buat) adalah sangat tak berbaloi..
Ok lah, nah gambar, sebagai penceria blog sendu aku ni
bye!
Contoh penipuan aku buat kat diri sendiri..kan aku konon nak elak makan maggi sebab tak bagus, tapi sebab nafsu iols tak dapat dikawal, aku beli megi goreng kat HKL..heheh..kat HKL kira selamat sikit la kot eh
Ni gambar lepas aku jalan kaki dari HKL ke SOGO, gigih kan, sebenarnya tempat terakhir aku pergi,sebelum aku tau aku ada tumor adalah Sogo, jadi, aku rasa macam untuk celebrate habis chemo, aku kena pergi Sogo jugak...melankolik kan
Ha, cerita di sebalik tahu goreng ni pulak adalah, 3-4 hari sebelum aku tau aku ada tumor, sikin dok share ngan kteorg dia makan kat sini, dulu, masa aku kerja, aku suka makan kat sini sorang sorang..jadi, lepas sikin share tu aku macam terfikir la nak pergi dalam masa terdekat..sekali...aku hanya mampu pergi 7 bulan kemudian.haa tu pun seb baik panjang umur sempat pergi lagi eh
Subscribe to:
Posts (Atom)