Assalamualaikum!
Wow tak sangka dah bahagian 2 cerita kemoterapi aku...
Yeah..i did it..tak sangka aku ni kuat jugak macam ni...ingatkan dah lari sebelum berjuang...heheheh
So proud of myself :D :D :D (sorry la aku memang sangat self centered, penakut, full of myself..ish ish ish)
Jadi, meh aku cerita kisah chemo kali ke-2
Patutnya aku tulis malam 8 March hari tu, lepas aku balik chemo, tapi sebab aku takut esoknya aku collapse macam yang first cycle jadi aku decide nak melambatkan penulisan aku...
Hari ni dah hari ke2dua selepas chemo..Alhamdulillah aku sangat sihat, kalau aku tak tau aku ada cancer dan tak tengah chemo mesti aku tak rasa sakit pun, mungkin tengah jogging..(wahhh nampak sangat menipu ko kan?)
Masa 8 hb tu, aku dah set date dengan 2 orang kawan baik aku, nani dan sikin, walaupun tu hari kames dan mereka berdua ni career women gitu, tapi demi persahabatan sejati gigih la mereka berdua amik cuti...
Sebab aku kiasu, aku bagitau nani soh amik aku kol 6.30 sebab aku nk cop jadi orang pertama...
Dalam pukul 7.50 pagi, sampailah aku, momo, nani dan sikin terpacak kat klinik oncology, nak cop jadi orang first ni...
Ding dong ding dong,dah habis amik berat..which berat aku jatuh banyak dari first chemo, dari 54kg jadi 51 je...bermaksud, sejak 1 january berat aku turun dari 59kg-54kg-51kg..pergh..be careful what you wish for!amik blood pressure, walaupun malam tu aku cuma tidur 2 jam, sebab ketakutan nak pergi chemo, alhamdulillah BP aku normal 120/90 atau 80 kalau tak silap...
aku pun cop satu bilik private ni...kalau yang first chemo aku duduk kat katil luar, kali ni aku kompiden je nak duduk bilik private sebab ada nani dan sikin kan..konon nak borak senang lah...
Dalam pukul 8.45pagi, nurse yang pakai tudung putih tu datang nak amik darah, dia belek belek tangan aku, dan cakap "*******, vein awak kecik sangat n"...dia try cucuk kat belah kiri, pecah pulak vein aku...dia panggil pulak kak flo, sorang lagi nurse nak tolong, dua-dua dah risau..
Last last dapat satu vein kat tangan kanan jugak berdekatan dengan cucuk yang first chemo...
Habis cucuk tu, dua nurse ni cakap la kat aku...
"saya rasa awak kena buat chemo port la *******"
Wahhhhh masa tu harus aku melompat atas kerusi aku tu...
"weyyyy tak nak lahhh..ishh takde benda permanent yang akan masuk dalam badan saya"
penat la 2 nurse ni pujuk aku...
"takde apa lah *******" , awak tak rasa pun nanti, macam duit dua puluh sen je"
meraung raung lah aku dalam bilik tu, sebab aku memang sejenis manusia yang tak suka benda asing dalam badan aku..hello!!! aku nk masukkan ubat sakit mata pun selalu tipu diri sendiri, pakai contact lense pun tak pernah, dan aku rasa benda tu merepek...apatah lagi nak ada seketul benda dalam badan aku..no way!!
Aku menjerit jerit dalam bilik tu, over khen...momo jenguk aku..dia buat tanda tanda macam "go!!Go!!! you can do it!!"
ok, masa tu aku dah saiko saiko...
Lepas tu aku keluar jap bilik tu, dan aku nampak momo, sikin, nani dan nurse nurse lain ala ala buat pakatan nak menjatuhkan aku kat situ..mesti nurse tu tengah pujuk diorang suruh pujuk aku pasang chemoport..huhhhh
Dah habis amik darah, kteorng pergi makan...masa tu start la sikin dan momo memujuk aku...hmmmmm
Lepas makan, naik pulak klinik dr zanapiah, nak amik results SLE aku hari tu..
Tapi sebab Doktor order satu lagi test, lambat pulak result aku, jadi Erin suruh aku naik oncology dulu...
Dalam pukul 10 lebih, Dr Rachael masuk bilik aku dengan ceria...
"Hello!!!How are you?"
Wahh rasa lega gila sebab finally jumpa dia, boleh aku mulakan sessi luahan perasaan..gituuuu
Dia pun cerita lah pasal results aku masa aku admitted hari tu...
Aku pun bertukar lah ke-concern-an aku
Jadi dia cakap, kali ni dia akan adjust dose aku, dan masukkan ubat anti-sickness yang lebih kuat, Aloxi, dan Emend...
Dia cakap jugak, sebab history aku yang mendapat side effects yang teruk masa first chemo, aku tak boleh duduk bilik private ni, kena duduk la kat katil katil luar tu..which is fine by me, sebab dia lagi tahu dari aku...
Lepas tu dia cek aku sikit..
Dan dia cakap "Good, you bring your friends, you have a very good support group! this is great for your journey!!!"
Bila Dr Rachael dah nak keluar, tibahhhh si Erin ni cakap "Doktor, I rasa dia patut masuk chemoport tau, sebab vein dia kecik sangat.."
Aku macam *^&))$^())
Dr Rachael pandang aku, lepas tu dia cakap..."ohh,,,i have the same problem too..my veins are too small..but don't worry, I'll refer you to Dr Tan, he is very good, infact you can just do it local, no need to go for general anesthetics..He looks like a boy, bur he is actually very experienced"
Sejak aku kenal Dr Iswaran, bila Specialist je cakap, dalam hati aku macam "ok, 80% aku akan ikut...sebab they know best!"
Lepas tu, pindah lah aku ke katil dekat tempat nurse tu.. :|
Dalam pukul 11.00pagi,nurse masukkan saline solution, untuk sejam setengah kot ke 2 jam..lupa lah..
Sambil tu, aku borak dengan nani dan sikin, momo memberi kami peluang untuk girls talk kekdahnya, dia duduk kat waiting room :)
Few minutes lepas masuk saline tu, si Erin datang kat aku, "haaa, nak tengok patient yang ada chemoport, jom saya bwak jumpa patient yang breast cancer tu...ha, pastu ko tolak sendiri benda ni (tiang saline solution) jangan nak lembek lembek" siot je dia kan :p
Masuk dalam bilik tu, kakak tu (tua setahun je pun dari aku) tunjuk la chemo port dia, dah tak nampak pun sebab masa tu dah tampal dengan kapas banyak sebab taknak kasik benda tu gerak...dia pun nk start chemo masa tu...sambil tu, si erin ni membebel la kat aku "takde apa lah, kau tengok ni!"
Lepastu, aku balik kat katil, Momo pun datang, tak lama lepas tu, aku nampak Dr Zanapiah datang kat kaunter nurse, aku tegur lah dia..
'Doktor!doktor!saya ada appointement dengan Doktor la hari ni, tapi saya dah cucuk cucuk ni ha...petang nanti lah saya datang eh?"
"eh takpe,,,awak tak boleh datang, Doktor turun bawah jumpa awak.."
Lepas tu dia cakap la pasal result ANA aku...
Generally speaking, berdasarkan result dia amik yang letest, aku ada AutoImmune dalam badan, tapi, not necessarily SLE, sebab aku punya organ lain sangat lah sihat, even CRP aku yang baru amik pagi tu pun sangat normal...3 je, kalau nak compare dengan bacaan yang aku amik 3 kali sebelum ni, 300++, 30++, dan 200++, dan results ANA aku tu pun macam pelik sebenarnya, sebab yang first time aku amik kat Dr Chang, result dia adalah 1800++, second time masa Dr Rachael amik, negative, yang Dr Zanapiah amik ni 300++ je...
jadi, dia cakap, ini bukan lah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat,tapi, dia tetap akan refer aku kat Dr Shahadan, rheumatologist, untuk second opinion...tapi aku pepandai buat assumption sendiri yang badan aku tengah sangat super haywire, dengan segala jenis ubat yang masuk, dengan segala macam procedure, dan dengan mental dan emosi aku yang sangat tak terkawal, mungkin penyebab benda ni jugak lah kan....
Dah dia nak balik tu, dia cakap "ok, jadi lepas ni awak tak perlu follow up dengan Doktor lah ya"
"Ok doktor, saya pun harap saya tak jumpa doktor dah.." aku jawab
"Ish awak ni, kecik hati Doktor" dia cakap
"Bukan doktor sorang je lah, semua doktor pun saya tak nak jumpa dah..penat dah doktor.."
Dia gelak gelak je...
Tapi aku memang tiap kali jumpa doktor untuk last appointment, aku akan cakap benda yang sama "I hope I will not see you again doctor!" sape suka jumpa doktor weyhhh... *nangis*
Dah habis saline, masuk la Taxol..kena lah hadap 3 jam..nasib baik ada nani dan sikin..oleh sebab macam dah lama gila tak lepak dengan diorang, kami berjaya berborak tanpa henti, divert lah sikit otak aku ni...
Dalam pukul 12 ke 1 macam tu, kakak yang breast cancer tu datang katil aku...dia nak tunjuk chemo port dia...
Dia siap offer aku suruh rasa, hello! harus lah aku tak berani, jadi, aku hantar wakil, "Sikin, ko cuba rasa..pastu bagitahu aku"
"Ohhh..takde apa la **, tak rasa pun, macam benda timbul sikit je"
Pastu kakak tu cerita lah pengalaman sakit dia, lama lah dia lepak kat katil aku, dekat 20-30 minit jugak la...
Turns out kisah dia lebih hebat dari aku, dan aku kagum gila lah dengan dia...setakat kanser aku ni ala ala 1/4 je dari apa dia kena...chicken betul aku ni!!
Dalam pukul 2, dah ramai dah orang balik, tinggal lah aku, dan pakcik Iraq sebelah katil aku...
Kami pun sambung sessi berborak...tak sangka kagum aku dengan kebolehan kteorang bercakap dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang..wakakakakak
Dalam pukul 4 lebih tu, lepas dah habis ubat carbo dan masuk final saline, nurse nurse ni berkumpul depan katil aku memberi kata kata motivasi supaya aku masukkan chemo port...
Gigih la Erin amik sampel chemo port nak tunjuk aku..kasik pamphlet..buat demo
Aku cakap..."takpe lah..kasik saya masa nak fikir dulu..."
Jadi, dalam pukul 4.50 petang habis lah sessi chemo aku yang kedua...
______________________________________________________________________
Taraaaaa...takde apa yang extravagant pun, yang ada pun adalah bebelan yang aku kena dengar dengan nurse nurse memberikan aku kata kata motivasi untuk pasang chemoport
Sebenarnya diroang kesian tengok tangan aku yang dah cucuk sana sini, lebam sana sini
Dan lepas balik pun aku nampak ada macam red spots dekat dekat iv line chemo aku...haish...jadi, nampaknya chemoport lah aku :|
Petang tu sampai lah hari ni, aku paksa diri aku minum air putih banyak banyak, untuk menggalakkan diri sendiri minum, aku siapkan bekas coleman isi ice dan air sejuk..ok la, sangat membantu, bila bila masa aku sedut je air tu...urine aku pun tak bau bahan kimia melampau lampau macam masa 1st cycle, bibir aku pun tak luka tahap kena tepek tissue..syukurrrr...
Alhamdulillah, sebab setakat hari ni aku takde side effects langsung, yang aku ada cuma mental torture, sebab aku fikir macam macam, dah 2 hari aku tak boleh tidur, banyak sangat fikir...mental la aku ni....aku tak sangka aku ni ada kebolehan berfikir hingga ke lautan dalam....tak tau la ni gift ke atau satu yang menyusahkan....
Malam tadi pun aku tak boleh tidur, sebab aku compare result CA125, which is result darah yang boleh menunjukkan kau ada ovarian cancer atau tak...result aku yang ke dua ni slightly higher dari yang first, tapi still within range la...penat aku Google dan berfikir dan berisau malam tadi, aku tidur pukul 3pagi dan bangun pukul 6.45am...rasa macam nk je message Dr Rachael sebab aku risau gila...
Sekali tiba tiba pagi ni Dr Rachael message aku...tanya khabar...aku pun terus la ceritakan kerisauan aku pasal CA125 tu... dia cakap
"jangan risau, tu tak accurate pun..result scan aku hari tu sangat cantik..nothing to worry!"
Perghh terus lega aku, dan ni yang aku terus bersemangat nak tulis blog...
________________________________________________________________
Betul lah kata kakak breast cancer tu...walaupun aku sakit, tapi sekurang kurang nya aku beruntung...
Dapat dirawat kat hospital yang bagus, facilities sangat baik, supportive nurses, great doctors, aku ada family yang sangat hebat mak ayah adik beradik pakcik makcik, atok nenek, sepupu sepupu aku yang sentiasa tanya khabar dan risau pasal aku, suami yang sangat cool, cuba berlagak cool setiap masa walaupun aku rasa dia sangat risau, maintain menjadi badut sarkas bila aku dah tak mampu nak fight, bila apa yang aku mampu buat cuma nangis dan melepek, aku ada kawan kawan yang baik sangat sangat, yang mana adik aku, Ika pun pelik bila aku cakap "diorang amik cuti esok nak teman aku",tak ramai kawan yang aku sendiri rasa selesa nak suka suka suruh diorang amik cuti teman aku tau..memang sikit je pun kawan aku..aku sangat picky dalam memilih orang yang aku nak kawan, yang penting aku ada Iman walaupun tak lah tahap alim, tapi aku tau aku ada Allah tempat aku nangis tempat aku mintak semuanya apa aku nak...
Apa lagi yang aku nak? aku sebenarnya hanya perlu set kan otak aku supaya positive..ITU SAHAJA, the rest, segala procedures, segala kerisauan, orang lain boleh fikirkan untuk aku, sebab tu lah adanya doktor doktor pakar dan nurse nurse hebat dengan aku...selepas ni, aku nak jadi lebih Positive, aku penat dah 3 bulan jadi emosi tak stabil, penat gaduh dengan otak sendiri...penat dah menyusahkan orang keliling aku..mintak maaf lah semua :(
Sudah lah **, baik kau berfikir benda benda yang positive untuk bantu sel sel kau membina sel sel yang sihat...
Aku banyak lagi benda nak buat, aku belum terfikir untuk mati, jadi, baik aku hidup dengan sihat supaya aku boleh buat banyakkkk benda lagi dengan orang yang aku sayang!!!
Ok lah tu je...nah kat bawah ni gambar aku, nani dan sikin dengan nurse nurse aku yang baik gila..walaupun membebel kat aku >:(..ada lagi few nurses takde dalam gambar...
Yang ni pulak message Dr Rachael kat aku pepagi tadi..comela gila lah Dr Rachael ni..lega terus otak aku....
Ok lah...tu je..Alhamdulillah aku sihat..rasa terharu gila weyyy...*nangis*
P.S untuk next cycle..aku ajak Psat pulak teman aku..ngeheh..siap request dia masak lagi...boley????maaf lah kawan kawan...aku ni kawan tak sampai 10 orang, tapi memang aku suka suka je nak mintak tolong..heeee bila lagi nak menyusahkan kawan kawan kan :')
P.S.S nenek aku pun sebenarnya excited nak teman dan tengok aku chemo, tapi tak tahu lah bila nenek aku boleh teman, sebab atok aku macam malas nak datang KL lama lama...dia pun tak sihat sangat :|
Ok lah bye! Aku nak makan ubat..hari ni last day untuk 2 jenis ubat..
Tinggal ubat gastrik je last esok..
Yuhuuuuu semoga aku maintain sihat...
Assalamualaikum!