Assalamualaikum..
Wah wah wah..sejak sejak dah takde cerita pasal kanser ni..dah layu di tasik madu dah blog aku ni kan..sendu2 je
Tapi ye la..tujuan asal aku aktifkan blog ni pun untuk share pasal cancer je...dah sihat walafiat..aku tak rasa nak share banyak pasal hidup aku..
dah kenapa nk share banyak2?
aku bukan cik epal semua benda nk bagitahu semua orang
Dan..kalau aku mmg nak show off sebegitu aku rasa aku akan opt for instagram kot...
sebab aku kan terer amik gambar...wahhhh yakinnya aku...hahahahha (on a serious note, aku takde FB/IG..aku ada twitter handle yang private tapi aku tak aktif sejak 4 tahun lepas..nak delete sebenarnya..tapi aku suka pulak baca balik apa aku tulis..hahahhaha syok sendiri)
Ok...jadi hari ni sebenarnya cerita jumaat lepas..
Yang aku malas sangat nak type..jadi sebab aku teringat hari ni dan aku tengah mood malas nak buat benda lain, aku share la apa terjadi minggu lepas..
Jadinya, dalam sebulan sebelum tu...aku telah menyahut cabaran diri sendiri...(wahhh)
Bukan..salah salah...
Sebenarnya...ada seorang penyanyi ni..Syafeek Ikhwan..dia buat makan malam amal untuk kumpul dana untuk seorang kanak2 kanser hati stage 4
Jadi...kakak aku ni baik dengan syafeek ni...pastu kakak aku cte lah kat aku"eh syafeek ni cari sorang bekas pesakit kanser nak buat sharing session...tapi aku rasa kau mesti tak nak kan?"
(begitu yakin dia eh ingat aku tak nak..nampak sgt dia kenal aku..wahkakakka)
Tapi, tetiba aku jawab "eh..aku nak la..aku nk try...antara benda aku nk buat masa aku sakit kanser tu adalah bila aku baik, aku nak cuba satu kali bercakap dikhalayak ramai"
So, I took the challenge..
Jadi sepanjang 3-4 minggu sebelum hari kejadian, aku pun prektis la kata kata ucapan aku...
Dan sepanjang itu jugak, aku cuma practice 2 perenggan peremulaan pertama sahaja...
Kan aku ni procrastinator... :| :| :|
Sampailah di hari kejadian, petang tu...baru aku terhegeh hegeh nak fikir nak cakap apa..
Mula mula sebab terpengaruh dengan Ted Talk aku berangan nak cakap je tanpa script..hahahahha
Tapi aku type jugak sebab aku nak kira timing aku berapa lama...
Ok, janji nak gerak pukul 8 ke Bangi...pukul 7.15 baru aku siap print...hehhhh
Bila sampai di tempat kejadian, tengok setting dia semua biasa, normal...takde apa2 yang extravaganza pun...makan pun sponsor dan lauk2 kampung..tempat dia pun kecik, dalam 16 meja je kot
So dalam hati aku mcm konfiden la...ukenduit sR uken...
Dan lepas dah makan makan..Syafeek pun mula lah nyanyi..
Aku sebenarnya tak kenal pun sapa dia..kenal pun sebab butik kakak aku selalu sponsor baju dia..
So, aku tak lah layan sgt dia nyanyi...aku gigih tolong junior aku buat assignment masa dia nyanyi2...sejenis poyopoyo
Lepas dah habis 1st session dia nyanyi...
Tetiba ada sorang mamat cuit aku "lepas ni ye Puan...dalam 10 mins boleh tak Puan?"
Aku jawab "eh saya rasa saya 5 minit je"
Mamat tu macam "alamak yeke puan..Syafeek tukar baju dalam 10min"
Aku blur..tak tahu nak jawab apa...
Yang kawan aku dok sebelah aku ni pulak..dia tak tahu aku nk bagi speech...dia ni jugak seorang kaki kareoke...pastu dia excitedly tanya aku "ko nk buat apa?ko nak nyanyi eh?"
Aku cakap "pasni..aku lah pulak nyanyi..ko duet dengan aku tau atas tu"
Pastu, dia pulak menggelabah lebih hahaha
Bila mc dah announce nama aku..aku pun bawak la 2 helai script aku...dan aku diri kat podium tu..
Ok...perasaan dia...TAKUT NAK MAMPOS OK!!
Speech aku dimulakan dengan lebih kurang begini:
"Sebenarnya antara sebab saya nak bercakap dikhalayak ramai pada hari ni adalah sebab saya nak tahu sama ada perasaan takut bercakap dikhalayak ramai ni lebih menakutkan daripada perasaan saya diberitahu yang saya penghidap kanser"
Lepas aku cakap je ayat tu...aku ada jawapan dia..
Ok dua dua menakutkan...TAPI..takut diberitahu ada kanser ni..aku tak boleh lari..so basically aku boleh pasrah, redha, nangis,,tu je lah...
Takut bercakap di khalayak ramai ni...pun takut nak mampos, tapi.aku ada option untuk lari..hahahahha (sebenarnya masa aku masuk hall tu memang ada terdetik sikit "sempat lagi wey ko nk back off"..) tapi..aku macam nak sgt tahu apa jawapan kepada soalan sendiri...aku teruskan jugak..yay!
Ok..sambung...
Supposedly..aku plan supaya speech aku tu kelakar, witty, informative dan sedikit touching...
Tapi, bila sampai part aku cakap
"doktor saya pesan kat saya supaya 'Be happy and stay positive'..macam mana saya nak happy dan positif, bila saya tahu saya ada kanser?"
Masa aku cakap ayat tu, aku macam terstop sikit..dan aku sempat kerling mak ayah hania yang sakit kanser tu..masa tu mak ayah dia dah nangis2...
Aku dah mcm "***t....kenapa diorang nangis!!!aku ni dah la tak suka orang nangis...sure aku nangis"
Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Selepas itu...dengan aku aku nangis2 nak sambung speech aku...herghhh
Towards the end...
Aku cakap "kisah kanser saya bukan pasal saya sahaja, ini kisah orang orang yang saya sayang, orang orang yang sayang kan saya..." masa aku nak sambung ayat seterusnya...aku dah macam ada batu besar kat tekak...tengok pulak mak ayah hania ni dah berjurai jurai...lepastu..lagi sedih tengok hania tu sendiri ceria gelak2 lari2 dengan penampakan wayar chemoport kat leher tu...aku macam
"aku nk buat apa kat depan 160 orang ni weyyy???nak lari pun memang tak sempat sangat dah ni"
Aku kerling kat Momo,..tak membantu langsung! sebab muka dia pun dah sedih gila..kalau aku tengok sikit je lagi, nampak dia nangis, ntah2 kteorg buat drama melayu kat situ...
Lepastu, aku tengok kawan aku pulak...dia pandang aku..dan dia kasik signal.."tarik nafas,,,hembus nafas"
Masa tu aku pun buat je apa dia suruh...aku stop..lap air mata aku, tarik nafas, lepas kan...
Dan...aku sambung speech aku lagi sikit...
and yesssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku berjaya habiskan walaupun disertai sedu sedan dan air hingus beria ria yahooo!!!
Masa dah habis tu, tetiba hania tu dtg kat aku...aku macam kesian gila tengok dia....aku dukung dia dan ada orang amik2 gambar kot..aku lupa sebab aku takut gila lagi...(Saikooo)
Balik ke meja aku...semua orang kat situ congratulate aku...wheeeee
I faced my fear!!!
Takut ke?
Untuk aku, sumpah takut...masa dr btau ada kanser pun aku x gigil2 tak nangis2...gelabah2 je...tapi masa bagi speech ni...pakej lengkap nangis, cold feet, semua ada
Will i ever give public speech again?
Maybe, mungkin lah...TAPI..bukan untuk kongsi kisah aku...
Sebab apa? sebab aku rasa, every cancer survivor dan cancer fighter has their own beautiful stories...
So, let them share their stories..
Untuk aku, lepas ni, public talk aku mungkin untuk mengupas isu alam sekitar atau sesuatu yang lebih ke arah itu...
Ok berangan je..
Bye!