Monday, April 22, 2019

Songkerennnn

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita pengalaman aku pergi Songkran hari tu..

Memandangkan masa raya aidilfitri yang lepas aku flat and out...tdo je sejak petang raya pertama sampai raya ke 8...

Jadi, aku join lah orang Thailand menyambut perayaan mereka...

Konsepnya asal beraya...boleh???

Ok salah salah...kang ada pulak yang cakap aku meraikan perayaan yang salah la itu lah (chewahh aku bajet bajet aku neelofa buat semua benda kena kecam...padahal bukan ada readers pun blog ni..hehehe)

Sebenarnya masa book tiket tu..aku tak tau pun ada songkran ke apa

Mula mula Sikin, Sapie dan Roro yang book tiket ber-3

Lepastu disatu petang yang hening masa lepak kat rumah roro dihidangi cucur udang, padthai,iced chai tea...kami dipengaruhi oleh diorang bertiga untuk join ke bangoko

Tujuannya sebab nak sambut besday sapie lah konon..dan jugak nak shopping...

Bila dah book tiket dan closer to the date..kteorang yang over excited ni google2 baru tau..laaaa masa pegi tu songkran rupanya

Lalu teruja lah kami membeli pistol air berharga RM4 kat kedai DIY yang jenis bodoh tolak tolak tu je...

Sekali...bila sampai sana...hari jumaat tu..(malam sebelum pesta songkran)...dan kteorang pergi BIG C...amik ko pistol air yang diorg jual..semua jenis besaq nala....

Di hari kejadian...sikin dan sapie tak nak main air...dan co-incident tahun ni pesta songkran tak disambut meriah kat Bangkok sebab diorang fokus nak majlis pertabalan raja..(series la...dari raja dia mangkat sampai nak tabal yang baru ni...aku sempat lah rehat setahun kena chemo bagai..tak settle2 lagi weyyy)

Tapi, aku ni jenis yang kalau dah set nak benda tu aku akan buat jugak (tapi, aku sangattttt jarang ada benda yang aku nakkkk sangat..jadi, selalu nya hidup aku tak bermotif)...dan oleh sebab aku dah set..motif kali ni nak main songkran...

Aku pun turun jugak dengan momo dan roro

Jadi...ini benda yang WAJIB ko prepare kalau nak main songkran dan jugak TIPS nak enjoy songkran..

1. waterproof bag... - untuk mengisihandphone dan  duit..tinggalkan lah wallet dan pasport ye...sebenarnya phone pun boleh tinggal...sebab ko dah selebet masa main air tu..dan masuk dalam waterproof bag pun gambar ko jadi ke laut...ohhh melainkan ko punya phone water proof la...sila ambil gambar!!

2. Baju cepat kering - pakai la jenis kain yang orang buat swimming attire...sebab kalau pakai baju cotton..berat lah ko nk menapak dari satu spot ke satu spot dengan baju ko yang dah lencun tu

3. Pakai selipar - sebab kompem basah

4. Nak join the crowd??? - pakai baju bunga bunga ala Hawaiian tu atau bawak pistol air...sebab aku perhatikan..bila ko pakai je baju bunga..atau bawak pistol..ko lalu la tempat2 yang ada air..kompom kena serang...(serang eh?dah macam cte zombie pulak)

5. Jangan emosi bila ko tak nak main tapi ko kena air... - respect..begitu lah caranya..kau ada kat negara orang..orang tengah pesta air.ko feeling2 nak lalu dengan penuh bergaya...sekali kena air kau mengamuk..tidak boleh lah begitu...tapi..kalau ko tak nak kena simbah..just politely angkat tangan cakap x nak..diorang tak lah simbah kau...tapi..ko pun jangan lah bebal sangat..sengaja lalu kawasan orang tengah meriah2 main air..dengan harapan ko tetiba jadi waterproof kat situ..tu bangang lah kan

6. Macam mana nak main?- senang je...ko isi pistol ko dengan air penuh2..pastu..ko tembak je sesape yang berbaju bunga atau berpistol air atau memang dah lencun...basically..masa ni lah ko nak jadi orang gila...tembak sana sini tanpa dimarahi...lepastu bila nampak sumber air...(sebab depan kedai dia sediakan tong tong air) ko join je..selamba badak je la ceduk air dari situ..dan sambung main...aku rasa selalunya kerajaan diorang kasik air free..tapi tahun ni tak..jadi berdasarkan belas ihsan kedai2 yang kasik tu la..tapi aku main ok je..siap ada satu spot ni..bukak paip..terus dia pancutkan kat semua2 orang kat situ

7. JANGAN naik tuktuk! - terutamanya waktu petang time orang tengah menggila...haishhh semua yang naik tuktuk kena simbah..lebih sadis keadaan mereka dari yang sedang meriah2 di tepi jalan...nak selamat..naik la taxi...

Ok..tu je lah setakat yang aku ingat...

Jadi...berbaloi ke pergi Songkran ni? Dengan tiket mahal dan hotel mahal masa ni?

Jawapan aku...once...

Cukup lah try sekali...dan kalau tak try pun..kau tak rugi mana pun..

It was fun...tapi selepas belajar antropologi..aku sedar, itu bukan culture aku...

Jadi, I'll stick with my usual Hari Raya...

Lebih sopan, ayu dan meriah...gitew

P.s Sebenarnya aku tengah gila jalan...nak balas dendam sebab tahun lepas aku tak jalan dengan meriah...sebelum nak buat IVF ni...baik aku selfishly jalan2 dengan meriah..

Ok lah..bye!

Wednesday, April 3, 2019

I need you to do me a favor...

Awak balik nanti..tolong hafal nama sakit awak ni

Bronchiectasis

Assalamualaikum

Hai semua pembaca blog sendu...

Special hye to sarah adnan penanti setia blog aku (begitu yakin)

Ok..jadi..ayat kat atas tu lah yang doktor fauzi...cakap kat aku hari selasa lepas

Ceritanya begini...

2 selasa yang lalu..

Tiba tiba takde angin takde asap..

Aku bangun tidur je..suara aku takde..dengan selsema..dengan batuk

Gigih jugak petang tu aku pergi kelas dan berdiskusi ilmiah dengan lecturer aku...

Selepas beberapa hari, hari Jumaat tu, suara aku elok..batuk semua hilang..sakit tekak je sikit sikit

Tapi, gigih pulak aku pergi kareoke khenn

Melalak lah aku dalam karaoke tu konfiden yang suara aku sesedap katy perry

Esoknya suara tekak aku sakit balik

Selasa berikutnya aku sesak nafas pulak..batuk batuk

Oleh sebab assignment aku tak siap jugak..dan yang lebih penting keadaan kesihatan aku yang merundum

Aku terpaksa pergi klinik..

Dan as expected..aku kena amik neb..

Dan dapatlah mc 2 hari..

Minggu lepas aku sangat tidak sihat...

Tapi, aku gigihkan jugak diri..sebab aku nak jugak jadi pengurus majlis customer aku..

Dan sebab customer aku ni sangat lah super duper baik..dan dah la dia customer pertama aku...

Sakit tak sakit..aku gagahkan diri..

(and it went well...dia sangat happy..aku sangat happy..and i know they will live happily ever after..giteww)..

Ok...selepas habis majlis..aku sambung pulak tolong kat pameran pengantin

Esoknya, hari ahad..hadoi..suara aku hilang balik...sesak nafas pulak melampau lampau

Oh lupa, sejak jumaat malam tu..setiap malam aku akan muntah

Tapi muntah kahak..tapi bukan sikit tau

macam 2 tapak tangan...dan seketul sebijik macam tu

Color dia jernih dan foamy

Masuk je isnin malam selasa...

Ok..aku tak kira, aku kena jumpa balik doktor yang rawat paru paru aku dulu...

Pekara pertama dia tanya aku masa masuk bilik dia..

"apa doktor cakap kat awak masa awk pergi klinik?"

Aku tunjuk surat mc

"bronchitis, asthma"

"Awak ingat tak awak sakit apa?"

Alamak...bronk..bronk..tisis tisi apa benda eh doktor...ala yang ada parut lah kat paru paru saya

Lalu doktor tu amik satu kertas...dengan tenang dia cakap sambil menulis

"I need you to do me a favor..awak hafal ni..atau awak simpan..amik la gambar dalam fon awak...lain kali kalau awk kena pergi klinik...atau jumpa doktor...tunjuk kat diorang sakit awak ni"

Dan masa tu...macam angin bayu membawa diri aku..aku baru tersedar

Yang sakit aku ni sesuatu yang permanent

Bukan macam kanser yang aku sekarang dah "bye bye ***ch" kan kat dia...

Atau bukan jugak macam chostrochondirtis yang jugak aku dah bye bye kan...

Bronchiectasis ni satu benda permanent..yang aku kena hidup dengan dia forevahhh and evahhh

Lepas aku cerita cerita dengan doktor...

Aku tanya lagi...lagi dan lagi..

Aku tanya..boleh baik ke? permanent ke? walau aku tahu jawapan dia

Last last..doktor fauzi yang super lembut dan sopan tu cakap kat aku...

"******n...macam ni...awak kena belajar untuk redha...macam awak kena kanser dulu..apa awak buat?"

saya takde pilihan...saya kena juga hadap

"sama lah macam ni ******n...saya takde kuasa nak kembalikan keadaan awak macam dulu...apa yang saya boleh buat...kita sama sama kawal..supaya tak jadi lebih teruk..tugas saya untuk guide awak..dan kasik rawatan yang paling sesuai untuk awak"

Saya kena selamanya pakai mask ke? rimas lah doktor..saya takut lah doktor

"itu soalan yang ramai orang tanya saya..jawapan dia..itu salah satu cara nak mengelakkan dari awak kena jangkitan..tapi ******n...saya nak tanya awak...awak drive kereta tak?"

Drive..

"awak tak takut ke awak accident?"

Hmm..Tak

"macam tu lah...kita ni memang sentiasa ada risiko..tapi..macam awak bawak kereta..awak naik kereta, awak pakai seat belt..awak nampak mat rempit awak elak....saya dapat rasa banyak negative vibes dari awak ni...kurang kan lah...cuba terima hakikat..dan hidup macam biasa...cuba elak apa yang patut...tapi selain tu..jalani hidup awak seperti biasa"

Serious aku cakap...

Sejak aku baik kanser

Dah lama aku tak dapat sessi muhasabah diri

Dan Dr Fauzi "paksa" aku untuk muhasabah

Dia ingatkan aku..konsep Redha, Konsep Hidup ini perlu mengambil risiko, dan yang paling penting untuk sentiasa positive dalam hidup..dan teruskan hidup..dengan buat apa benda yang aku nak dan aku suka...

Hmmmmm

At the end of the day...sepatutnya aku yang kawal mental aku kan?

Jadi..let's live life and let's enjoy songkran next week!!!

Ok..bye!


nah..share la gambar customer aku belanja donut masa pulangkan baju.cute gila lah diorg dua ni....