Assalamualaikum
Tadi aku borak dgn sorang kawan aku yg kurang sihat..
selepas betukar tukar khabar kesihatan :| dia cakap kat aku...sesuatu yang bunyinya begini...
"aku rasa aku ditakdirkan tak kena kanser sebab aku rasa aku takkan boleh tahan..kau kuat"
beberapa jam aku berfikir dan cuba digest apa yang kawan aku ni cakap...
Betul ke pun aku kuat?
Ok, seperti yang berkali kali aku cakap, yup kanser journey sangat horrible
Memang sakit, physically..contohnya bila badan aku letak sehelai selimut pun rasa macam kena cucuk cucuk jarum (tu biasanya hari ke 4 bila ubat tahan sakit dah habis, sampai hari ke 10 macam tu lah)
Dan tak masuk lagi sakit sakit kena cucuk la, operate la, chemo port la, demam la, nak scan masuk ubat dalam wayar kat buntut la...hishhhh
Dan, dengan bangganya aku selesai dah semua benda tu dengan flying colors (alhamdulillah, takde lagi penampakan sel kanser dalam badan aku)
Jadinya..soalan aku tadi, betul ke aku kuat?
Jawapan aku...
Aku kuat sebab aku ada banyak benda yang buat aku kuat
1. aku ada insurance, yang menyebabkan aku tak payah fikir nak beratur panjang, nak cari parking, nak sesak dalam ward..dan sebab itu, aku rasa orang yang dapat treatment kat hospital kerajaan jauh lebih kuat dari aku :(
2. Aku ada momo, mak abah, dan atok nenek yang jauh lebih kuat dari aku..kira tahun 2018 adalah tahun priority aku, semua aku dapat fast lane...dan sebab ini jugak, aku lebih rasa orang yang struggle hadap chemo sorang sorang, atau sambil kena jaga anak, adalah orang yang jauh lebih kuat dari aku...
3. Aku ada kawan kawan, walaupun sangat sikit masa tu, tapi diorg ni la yang sanggup buat apa nak kasik aku happy, ada yang menipu, ada yang teman aku tdo, ada yang belanja aku jalan, ada yang teman aku chemo...dan sebab ini, aku lebih kagum dengan orang yang walaupun dia menulis panjang luahan hati kat facebook, apa diaorang dapat cuma ayat ayat sokongan dari keyboard..bukan manusia sebenar disisi, orang orang ini lebih kuat dari aku...
Jadi kesimpulannya, aku tak kuat pun.banyak je orang lain yang lagi kuat dari aku
Tapi, Alhamdulillah semua dah over..
Dan kepada kawan aku yang "baru sakit" tu...hmm take it this way la
Every ending is a new beginning... mesti ada hikmah dalam kesakitan kau ni..
kot lah kata lagi 3-4 tahun dapat backpack pegi India..aku nak ikut!
ehhhh
Ok bye!
P.s sorry la lama tak merapu dalam ni, sejak sejak jadi wedding consultant ni..hihihihiks