Thursday, August 23, 2018

Kalau anda perlu menghubungi saya..

Assalamualaikum..

Selepas aku post 4 entry pasal percutian aku sekejap tadi..aku baca la comments kat blog ni..

baru perasan ada seorang manusia yang minta email aku..

masalahnya aku tak dapat explore butang reply comment kat mana :\

Kenapa sebelum ni aku boleh reply comments??

Hishhh emosi pulak..

takpelah..

jadi..kepada orang bernama "Shef" yang tinggalkan komen kat entri bertajuk

"Pengalaman pemasangan chemoport"

pada 20 Ogos yang lalu..

dan kepada sesiapa yang lain yang baru didiagnos kanser dsb dan nak dapatkan info atau pengalaman dari sudut pandang aku..atau nak aku melawat kat hospital..atau nak aku jadi cheerleader (seriously? aku ni lebeh terer membuat lawak lawak sarkastik ye...defence mechanism :| )
atau nak tahu apa apa pasal kanser..atau apa apa yang aku boleh tolong...

Boleh lah email aku kat:

asyhikinrazak@gmail.com

Aku tak tau bila orang komen kat sini tak link terus kat email aku...

eh dah la emosi aku pikir..

Ok bye semua..

P.s kepada mereka yang sedang melawan kanser...you can do it...aku tak janji dia senang..sebab ia tetap sakit gila even sampai skrang pun ada lagi sikit sikit badan aku tingtong..tapi yes..kalau aku yang penakut pun boleh buat..so can you..dan..berdoalah :)

Post Chemo Celebration! Bahagaian 1 sbb blogger.com ni bangang

Assalamualaikum...

Sorry lah iols dah lama tak tulis tulis dalam ni..dah sihat lah kata kan..selalu sangat merayap...jadi masa bersedih sedihan sorang sorang kat rumah tu dah kurang...lalu kurang lah aku menulis kat sini..ish ish ish..

Jadi, kali ni aku nak cerita kisah pengembaraan aku ke Western Australia..

Sebenarnya trip aku ni aku plan semua sejak March hari tu...selepas aku ditinggalkan keluarga aku masa lepas chemo ke 2 pada waktu mereka ke Switzerland, aku decided untuk jalan jalan jugak lepas chemo sessions aku siap...begitu positif yang aku akan sihat pada July/August, aku pun beli tiket pada bulan Mac..

Alhamduillah, aku sihat sangat sangat masa pergi sana hari tu...

Jadi, mari aku mulakan kisah pengembaraan aku dan mak aku selama 10 hari 9 malam kat Australia Barat...

1. Mula mula aku plan untuk aku dan Momo pergi sana 7 Ogos sampai 16 Ogos. Aku purposely nak pergi 2 orang je, sebab aku nak trip yang aku tak perlu banyak bercakap..aku berangan yang Momo akan bawak kereta 400 km ke selatan Australia Barat, Albany, dan aku menikmati pemandangan indah alam semulajadi dengan cuaca yang sejuk beserta angin sepoi sepoi bahasa..TAPI, Momo tak dapat pergi pulak...last minute plan, aku ajak Mak aku..kenapa mak aku? sebab aku yakin mak aku sangat kuat jalan, macam aku..huahahaha..dan dia pun tak pernah pergi Australia, so, why not?

2. Ticket:
Aku beli Malindo Air, harga tiket aku dan Momo RM1,880.76...aku book kat expedia.com. Not bad service expedia ni, cuma masa nak check in dari Malaysia tu ada masalah booking number, jadi Momo tolong aku selesaikan, walaupun dia tak ikut. Oleh sebab mak aku book last minit,macam 17 hari sebelum pergi kot, aku kena lah beli tiket flight yang sama, harga tiket mak aku jadi RM1,600..beli direct dari Malindo.com...tapi, aku kan manusia cuai..bengong, aku salah book tiket balik mak aku pada 17 Ogos, dahhhh kena tukar pulak tarikh, kena tambah RM200..jadi tiket mak aku jumlah RM1,800..grrrr...

3. Visa:
 Sebelum buat visa aku dicuak cuak kan dengan konon susah nk dapat visa Australia sekarang...Tapi Alhamdulillah untuk kes aku dan mak aku..senang gila..buat online..aku buat pukul 11 malam, pukul 1 tghhr esoknya dah dapat! total 2 orang..aku amik General punya je..bukan express pun walaupun masa aku buat tu dalam 15 hari sebelum pergi..total for 2 adalah RM50++

4. Flight:
Best ke Malindo? aku baca review, sangat tak best..Plus aku ada sekali dua jugak bad experience dengan Malindo, tapi aku tetap pilih Malindo over Air Asia sebab dia inclusive of bags and meals. Aku tak suka konsep add on tu, leceh, macam aku kena jadi calculative gila, sikit sikit kira..Dan MAS pulak, mahal 2 ratus kot..tapi masa beli tiket mak aku, mas lagi murah pulak..tak kesah lah tu..dannnn...pengalamannya, best ok Malindo!..
.- tak ramai passangers, jadi seat kami 3 seats duduk berdua..ramai je yang baring 3-3 seat... 
-siap ada bantal dan selimut untuk perjalanan 5/5.5 jam tu 
-ada earphone dan inflight entertainment dengan pilihan yang boleh tahan 
-ample legroom, luas jugak la sebenarnya -berat bag dia kasik lebih kurang, aku ada excess 2kgs untuk check in luggage dan 3 kg untuk hand carry, tapi yang jaga kaunter tu buat tutup mata sebelah je..jadi, selamatlah kami... 
-makanan, boleh lah...dah lama kot aku tak jumpa inflight meals (flight malaysia) yang sedap..jadi, aku consider makanan dalam Malindo edible.. kesimpulannya, aku suka naik Malindo..yay! oh tapi, kalau kata ko dapat Batik Air punya flight, aku baca review, dan ada staff Malindo sendiri cakap, mmg hauk lahh..seb baik tak dapat..

 tu ha flight yang bawak aku pergi Perth..ohh p.s aku suka sgt uniform stewardess Malindo ni mcm sopan yet classy yet sexy..apakah?

5. Arrival:
Ok, ni pun lebih kurang kes Visa lah..sebelum pergi banyak betul pantang larang aku baca...tak boleh bawak itu lah ini lah yada yada blah blah blah...tapi, Alhamdulillah, masa aku sampai agak lenggang airport, Imigresen tak banyak soal..lepastu Kastam pun tak cek bag, dia mcm ada 2 layers customs check mula2 masa aku surrender arrival card..dalam tu bagitau la apa aku bawak (beras, tuna, sambal tumis cap adabi segera, che nor sambal goreng, milo, sos cili)..lepastu yang 1st layer ni akan mark kat kad tu..lepas lalu imigresen lalu satu kali lagi kastam..diaorang ni randomly pick sesapa yang dia nak suruh bukak bag..macam aku dan mak aku..kami lalu je sambil lambai lambai Miss Malaysia kat situ..gitewww...ohh anjing penghidu takde pun..tak macam kat Melbourne dulu ada.. 

6. Sim Card
 Sepatutnya ni kat atas atas tapi aku lupa..takpe lah..huu..okey...kalau aku baca, OPUS paling selalu orang guna..tapi untuk aku, aku buat je roaming DIGI..untuk 3 hari dapat 5G eh? ke 5M? dan 30min free call minutes..RM25..data internet tu tak pernah habis pun walaupun aku guna untuk tunjuka arah sepanjang memandu..dan menghantar gambar semasa kat mana mana untuk jeleskan orang kat Malaysia :P..aku amik untuk 6 hari..lepastu 2 hari aku tak subscribe apa apa..plus Mantra on Murray tu takde wifi free pun..jadi, aku cuma online masa terjumpa wifi free kat Target :P (p.s aku mmg kadang kadang penat layan otak aku yang bergantung pada internet 24jam..jadi x de internet adalah bagus jugak untuk aku)...dan untuk 2 hari lagi tu aku amik yg RM5/24 jam...unlimited social media plus sikit data internet..boleh lahhh.

7. Accomodation:
Ok, sebab aku pergi 10 hari dan 9 malam, aku tukar 4 kali tempat penginapan...semua penginapan aku book dengan assumption yang sparing partner aku adalah Momo, jadi, mungkin kesian sikit kat Mak aku..hahaha, tapi seb baik mak aku sempoi, dia enjoy je plan anak dia yang pelik pelik ni...

-sebab aku sampai pukul 3ptg, dan esoknya aku dah plan terus nak ke Albany, malam 1st tu, aku book AirBnb kat area Queens Park Perth, Hamilton Street...aku sewa 1 malam je, rumah perempuan nama Michelle, rumah dia cantik gila, toilet bersih gila, cuma nasib x baik, bilik dia x sempat kemas, sebab sebelum tu ada orang stay dan dia pulak balik pukul 9 pada hari kedatangan aku (setiap hari selasa dia akan balik lambat sebab buat volunteer work), jadi menggiggil kesejukan lah aku dan mak aku, sebab tengok selimut dia tak menarik...tapi bathroom dan toilet dia sangat membuatkan aku berangan nak ada bath tub dan toilet asing...rumah ni jauh la dari perth CBD, tapi few minutes dari Westfield Carousel...shopping mall je pun, tapi dah aku suka merayap, seronok je aku merayap 3 jam dalam tu..Harga:RM103.20/night

-Esoknya, dah sampai Albany, aku book sekali lagi AirBnb jugak, bilik untuk 3 malam...nama rumah ni C'est La Vie, kat Mira Mar..rumah Debbie ni sangat lah bersih bilik dia,walaupun agak kecil, tapi katil bantal selimut semua lengkap dan selesa dan jugak toilet dan bathroom...tiap malam aku mandi bathtub sampai malam ketiga aku mengalami pusing mata sebab excited sangat aku g berendam dalam air panas..gilo, last last pening macam nak muntah..kuengkueng..kena naik kereta pergi Albany Town, dalam 3-4 minit mcm tu..tapi view dari balcony rumah Debbie ni cantik wey...dia sediakan breakfast, dan boleh guna dapur dia untuk masak pada designated hours..tapi aku x guna lah...ada jugak washing machine boleh guna pada designated hours, pun aku x guna sebab masa tu aku merayap je..huhuhu..Harga:RM774.42/3malam
pemandangan dari balcony rumah Debbie pada hari terakhir sebelum chow..nyaman nyaman je rumah dia ni weyyy
terlalu bersih bathroom dia..aku terpaksa buat bubble bath setiap hari :|

-Malam ke-5, aku pergi Fremantle, tidur kat Hostel, Fremantle Prison Youth Hostel..hahahaha, mak aku mula mula dah pk, camno dia nk tidur campur2..dah la dia tak pernah duduk hostel sepanjang hidup..lepastu, aku jelaskan, yang aku sewa private room, tapi shared bathroom..aku amik bilik yang bekas penjara, bilik tu adalah 2 cells digabungkan jadi 1..ada katil double decker, meja tulis, kipas, plug..heater xde rasanya...tapi selimut dia tebal gila..saja je feefeeling kot kot boleh jumpa hantu..hahahaha choi..ok..takde pun, sebab aku manusia jenis tidur mati..hantu nak kejut pun putus asa agaknya :| toilet dan shower dia pulak seketul seketul..maksudnya kat floor aku tu, aku 1 shower dan 1 toilet, bukan jenis toilet dan shower berderet macam aku kat sekolah dulu..ok, tak best gila shower cmtu..bila pk balik, gigihnya aku nak duduk macam tu 5 tahun...hishh..ada dapur untuk dikongsi siap dengan cooking apparatus, tapi iols sejenis penggeli, tak lalu nak guna..heee..dan ada common room boleh main2 fussball, tengok tv..tapi series la common room kat sekolah pun aku tak pernah guna, koser lah nak guna yang kat sini...Harga:RM204.60/malam/2orang

ni view aku dari katil atas sebelum tidur malam tu..

-4 malam terakhir, aku duduk kat Mantra on Murray..dah set siap siap, tak nak sewa kereta, nak duduk kat tengah tengah bandar..haaa sesuai lah tempat ni..memang dekat dengan Hay Street, jalan kaki...sehari dekat 5km agaknya aku jalan merata rata...bilik aku sewa adalah King Studio, ada 1 katil king yang diasingkan menjadi 2 singles, ada sofa, meja makan, dapur, fridge, jadi masa ni lah aku main masak masak..sampai ada 1 malam tu, aku lupa tutup dapur dan pergi merayap rayap 2 jam..balik balik tengok bilik berasap dan ada orang alihkan kuali aku..ngeheeheheh..seb baik tak kecoh..so kewl..Harga:RM1661.22/4malam

bersambung...

Post Chemo Celebration! Bahagaian 2 sbb blogger.com ni bangang

Assalamualaikum

Sambungan

Assalamualaikum

Sambungan....

8. Pengangkutan:
-Sampai sampai saja, aku amik kereta sewa (jenis toyota corolla hatch)..sebab rumah Michelle agak jauh dan naik uber atau cab adalah mahal, senang cite aku amik je kereta sewa..aku book siap siap dari Malaysia...melalui Bayswater..aku amik ni sebab Roro suggest..aku malas nk compare banyak2..atas dasar percayakan rakan, aku book je...so, aku book dari Selasa pukul 3 ptg sampai Isnin pukul 8 pagi sebenanrnya...tapi sebab kat Mantra on Murray tu parking overnight dia adalah AUD30/day...jadi, bye bye..aku decided untuk pulangkan kereta hari Ahad malam tu dekat Bayswater yang tak jauh dari hotel (dalam 1.8km la)..lepas pulang kereta aku dan mak aku balik jalan kaki..gigih ehh..
Total aku sewa kereta adalah aud289.98 (unlimited within 500km from Perth)..ini termasuk sepanjang selasa ptg-isnin pagi, fully covered insurance (aud84), pickup dari airport masa ketibaan (aud10 untuk 2 orang) dan bayaran tambahan sebab hantar kat tempat lain dari tempat pickup (aud35)
Minyak pulak, dari amik kereta-albany-denmark-albany-fremantle-perth-fremantle-perth jalan jalan sekitar bandar dalam aud120-130 lah..
Aku drive sendiri ye sepanjang kat sana, mak aku majoriti tidur..kecuali kat bandar bandar :} senang je drive kat sana, tips dia ikut peraturan, pasang signal, highway dia mungkin boring bagi sesetangah orang, tapi aku suka, sebab aku suka berangan sambil drive.. dari Perth-Albany-Perth, akan lalu beberapa small towns, boleh lah singgah klu rajin...yang macam RnR seketul adalah William's Woodshed kat tempat nama William, aku singgah nak g toilet je dengan masak megi asam laksa..nyaman betul sejuk sejuk makan megi asam laksa..
Minyak kat Perth jauh lg murah dari Albany, oh dan sebelum isi minyak baik lah shopping kat mana mana dulu, sebab bawah resit tu ada diskaun petrol..aku sempat lah guna untuk isi Caltex lepas belanja kat Woolworth..lain supermarket lain minyak diskauannya..cotoh kalau Coles dengan minyak apa ntah..shell kot..
Untuk parking pulak...banyak spend masa kat Fremantle la..tapi seb baik aku rajin pulak kira masa dan bayaran..total semua aku habis untuk parking termasuk 3jam park kat Perth pada hari Ahad adalah AUD30... 
sempatlah amik gamba masa tgh drive sebab awan cantik sangat...mak aku tengah kroohhh krohh kat sebelah..hiks
 
-Kat bandar perth pulak, hari 1st, Isnin, aku jalan kaki je menapak dari hotel ke Waterstown Brand's outlet 1.2km..balik naik bas CAT free, berenti kat Yagan square, menapak lagi pergi hotel, singgah sana sini...esoknya, aku belikan mak aku tiket bas Hop On Hop Off..sebab mak aku pergi mana mana dia suka naik bas ni..harga adalah AUD45 sorang untuk 48jam termasuk pengalaman Bell Tower...ini harga online untuk warga emas dan student..kalau beli ad hoc atas bas mahal lagi..sebenarnya ada je CAT bus yang free, tapi dah nama tourist, aku layan kan lah mak aku dengan bas pelancong ni..best jugak, sebab ada explanation..so menarik la..dan dia pusing agak jauh jugak..tapi bas dia x banyak dan gak adalah setiap 30 minit..

Last day dari hotel ke airport, aku amik cab, guna meter dalam AUD45 easy peasy sebab barang aku banyak, jadi driver tu tolong angkatkan sikit....mula mula ingat nak install Uber, tapi aku malas..plus harga pun lebih kurang je..jadi mintak tlg orang hotel panggilkan je taxi..

9. Jalan jalan: 
Sebelum aku pergi, sepanjang aku sihat in between chemos..beria ria aku buat research okey..banyak masa lah katakan..hahaha..tapi, hakikatnya, tempat tempat ni je yang aku pergi...

Hari Selasa: Westfield Carousel..dekat dengan rumah Michelle..ini adalah sebuat shopping centre yang besar ye..parking free..tapi kedai kedai dia tutup pada waktu berbeza...majority pukul 5.00pm..tapi mcm Myers, Woolworth, Coles tutup lambat sikit..kalau nak pergi sini dan terfikir nak keluar selepas pukul 5, sila pastikan masa nak balik apakah kedai terakhir anda...sebab dia akan tutup dalam mall tu, jadi ko kena pusing satu mall..mcam aku dan mak aku..grrrr menolak troli penuh Correlle kat luar mall ni..malam malam yang sejuk tu :|

Hari Rabu: Pukul 8 bertolak ke Albany, guna Albany Highway..singgah sekali je kat William's Woodshed tu, tumpang toilet, beli postcard, masak megi..cuaca hujan renyai..sejuk2 je..sepanjang jalan adalah kebanyakannya straight macam highway kl-jb..TAPI..cantik la..hijau je..rasa macam tengok iklan susu kat TV..masa tu rasa, laaaa cinonetnya Desa Farm kat Kundasang tu...

lebih kurang beginilah megi asam laksa yang aku makan masa sejuk sejuk otw pegi albany..gambar ni masa aku makan dalam hotel..3 bungkus kot maggi asam laksa aku makan sepanjang kat sana :P.. sejak aku form 4..makanan travel yang wajib aku bawak everytime anywhere adalah megi assam laksa eh...memang citarasa rakyat malaysia betul
 
Sampai dalam pukul 1tghr..plannya nak terus pergi Whale Watching, tapi takde operator yang buat trippukul 1.30 hari tu..jadi kami ke The Gap & Natural Bridge...Ya Allah cantik gila subhanAllah...memang tengok je tempat ni..segala pengalaman cancer aku selama setengah tahun, aku lepaskan bersama deruan ombak kuat yang menghentam batu disitu..chewahhh...series cantik..2-2 tempat ni memang dalam list "wajib pergi aku" jadi, bila sampai macam rasa "Yess!!! you did it!!!!"
Allah je tahu betapa gembiranya masa sampai sini..best gila..dah la cantik

Lepastu pergi Blowholes, blowholes ni klu tak salah aku..antara batu2 tu kalau angin bertiup kencang akan menegluarkan satu bunyik..dapat lah aku dengar bunyik tu ketika angin kencang bertiup..okeyy takut jugak la bunyik dia..tapi aku kat sini tak lama..sebab lepas angin angin tu, hujan le plakkk.jalan dari car park ke blowholes ni pulak agak jau..terketar ketar gak la aku dan mak aku menempuh hujan...skali, sampai je kereta..eh berenti pulak hujan, lalu keluar sang pelangi..terus teringat Katy Perry "after the hurricane comes the rainbow" gituu terus iols feeling feeling scene sebentar tadi adalah kisah hidup iols di tahun 2018..verangan hokey..

Sebab masih ada mentari menerangi bumi, kami pergi Albany Wind Farm pulak...tempat ni adalah tempat kincir angin, ada 18 kot..besar gila..dan ni kawasan kincir angin besar paling dekat aku pernah pergi..dulu kat UK ada jugak lalu, tapi nampak dari jauh...Kali ni nampak agak dekat lah..dia ada few spots yang boleh amik gambar cantik cantik..rasa aku macam ditenggelami kawasan yang cantik...Terima kasih Allah
beginilah rupanya Albany Wind farm dari jarak dekat...rasa terer gila aku amik gambar wey..cantik betul gambar aku :P padahal tempat ni memang cantik *nangis*

Untuk bayaran masuk pulak, sepatutnya aku bayar AUD13 untuk sebiji kereta kat The Gap tu, tapi machine tu ada problem pulak..jadi lenggang kangkung lah aku tak bayar masa tu..oh..tempat ni memang takde orang jaga ke apa ke..ikut suka ko la nk bayar ke tak konsep kejujuran je...untuk Blowholes dan Wind Farm aku tak nampak pulak ada machine kena bayar kat car park tu..jadi, assumption aku free la kot eh?
the gap..the mighty gap

Hari Khamis: Bergerak ke Denmark, dengan Misi ke Treetop Walk kat Valleys of the Giant..ni pun dalam list "tempat wajib pergi!!!"..TAPI..sesampainya di sana..sebiji kereta pun takde..yang ada cuma pokok pokok Giant.series pokok dia nala punya tinggi..rasanya kalau kena bunuh dicincang 18 kerat pastu dia campak campak mayat celah celah pokok, takde orang perasan..grrrr...jadi, dengan cuaca sejuk dan hujan renyai dan Tree Top Walk nya pun aku tak nampak..mak aku dah cuak2..lalu bergmbar kat sign board je la..tak naik lah aku Tree Top Walk tu..ni sedih laaa..sebab aku nak pergi ni sangat..eh tapi scary gak la..sebab bayangkan aku berdua je dlm hutan pokok besar..ok bagus jugak lah aku pass benda ni
cukuplah sekadar amik gambar dengan signboard TreeTop Walk..sedeyyy

Valleys of the Giant ni jauh sikit dari pekan Denmark tu, jadi otw ke pekan Denmark, kteorg singgah park tepi jalan, amik gambar rumput nan hijau dengan berataskan langit nan biru serta ratusan kambing dan lembu meragut rumput..masa amik gambar tu..aku perasan aku jurufoto fofesenal okey..sebab gambar semua cantik..ngahahahah
padang ragut yang cantik..rasa nak golek golek je atas ni berguling guling..tapi nanti badan aku diselaputi tahi lembu pulak kan?

Lepastu, nampak je signboard tourist attraction, aku ajak mak aku snggah..contohnya kat Jassi leather works..kedai yang katanya ada produk leather, tapi aku tengok mosty made in China atau India je..zzzz..Lepastu singgah ada 1 tempat jual madu asli, belilah sebotol AUD15..sekali g supaIGA..aku jumpa tak sampai aud15 pun..harga sama..zzz lagi..oh..tapi homemade ice cream dia sedap gilo..aku beli perisa honey rose almond..gedik2 je perisa dia..tapi nice for a change...

Next stop adalah Greenpool..tapi sampai sampai hujan..lalu aku makan maggi lagi sementara hujan berenti.. :| oihhh Greenpool ni cantik weyyy..dia mcm dekat dengan kita ada pantai yang boleh mandi..few meters ahead..tu diaaa laut lepas ombak besaq kasar gila..sempat lah aku cuit cuit air dengan tangan...skali ko.. datang ombak, abis basah kasut dan jeans aku tak sempat nak lari...dan secara tak langsung..yay!!cita cita nak mandi pantai kat Australia tercapai..geeee...kesejukan lah kaki aku masa tu... lepas dah bilas jeans dan tukar seluar, aku amik wuduk siap2..nak solat la sebelum pergi Elephant Cove yang tak jauh dari Green Pool ni..skali, abis je solat...hujan lagi..lalu bye bye lah batu gajah..dan aku teruskan perjalanan
taraaaa green pool..tapi sebenarnya aku tak nampak pun kaler dia hijau ke apa..aku nampak air laut je..tapi cantik

Seterusnya ingatkan nak pergi Alpaca Farm..harga AUD14.adalah binatang binatang Ostolia aku nak tunjuk mak aku, Koala, kangaroo dan jugak Alpaca yang aku 1st time nak tengok depan mata...tapi, sebab hujan lebat..ok bye lagi sekali..:( ..lalu terus ke cheese factory konon sebab nampak signboard..padahal tempat jual cheese dan wine sajork..tak nampak pun factory..tapi luar cheese factory tu cantik la ada mini winery sempat la posing amik gambar..cheese pun aku tak rasa sebab aku ragu ragu, sebab kan ada cheese yang pakai rennet tak halal, malas nak tanya, aku pass je la..
pokok luar cheese factory (lah konon)...real lagi cantik dari gambar ni

Next stop, pergi Denmark Chocolate Company sebab mak aku nak pergi sangat..ingatkan choc factory jugak..macam yang Cadbury kat UK tu..rupanya, kedai jual coklat dan wine jugekkk...sorang manusia pun takde..jadi bye bye lah..kami pun singgah pekan Denmark jap nak tengok camno lepastu pulang ke Albany...pergi Albany plaza..best jugak..ada Target!dan Best & Less, dan Reject Shop..hehehe..sebab kasut aku dah basah, sempat aku membeli ala ala ugg boot murahan kat Target, harga offer AUD5 sajork..tapi berbaloi ye...sebab best gila pakai sejuk sejuk tu wey
antara bangunan kat pekan Denmark..kiut je..aku rasa macam masuk dalam cite omputih zaman dulu dulu sikit

Kesimpulannya, kalau nampak signboard "t" yang menandakan tourist attraction, tak semua pun yang best..setakat yang aku pergi ni..mostly adalah rip-off punya tempat..kahakahkah

Post Chemo Celebration! Bahagaian 3 sbb blogger.com ni bangang

Assalamualaikum

Sambungan...

Hari Jumaat: Ok, aku suka hari ni..sebab aku dapat tick off satu benda lagi dalam list aku! Whale watching!! Yay!!sebelum pergi aku banyakkkk buat research (gitu)..banyak jugak email sana sini tanya tour etc..tapi last last aku pergi dengan King George Safari Tour..tour start pukul 9.30pagi...dengan Kapten boat tu nama Mark naik boat dia sendiri nama Salty Dog, jangan risau dia tak bawak anjing..chehh...harga adalah AUD75/pax..sebenarnya si Mark ni 2-3 kali tanya aku..tak nak ke pergi sabtu...sebagai orang Asia tenggara yang selalu berjaga jaga takut kena tipu..aku saspek dia ni saje je tak nak bawak ke apa ni...rupanya memang sebab hari jumaat tu cuaca tak baik sangat, sabtu lg elok..tapi sebab aku nak balik dh sabtu, no choice la..Mark ni bagus gila, dekat 2 jam kami atas kapal tak nampak apa apa, dia siap call kawan dia sana sini, last2 nampak 3 ekor ikan paus!!! yayyy aku nampak ikan paus dengan mata sendiri kat habitat asal mereka..nampak jugak dolphin berenang renang tepi boat..dan Mark ni sangat informative sepanjang jalan dia explain banyak benda, diselangi dengan nyanyian dia yang agak merdu..siap kasik aku bawak lagi boat dia...jadi, klu sesape nka pegi, sangat recommended dia ni..dah la harga paling murah antara yang lain lain..5bintang!Tapi sebab winter kan, sejuk ya amat okey naik bot duduk luar..tak dapat lah nak feefeeling menikmati vitamin sea lah.sebab kau akan jadi kejung jugak la...ohh lagi satu, species paus yang ko akan jumpa varies mengikut bulan, jadi ko target la kalau kata nk tengok Big Blue Whale, pergi lah masa musim big blue whale..aku punya whale tu Humpback Whale kalau tak silap..
ini adalah Mark owner Salty Dog merangkap kapten kapal...gamba whales takde yang clear..sebab diorang bukan lompat macam dolphins cuma kluarkan kepala few seconds..dari aku sibuk amik shot cantik..baik tengok real depan mata

Lepastu balik rumah Debbie kejap, solat semua..dan kemudian sambung ke Albany museum..sangat kecil..takde apa sangat pun, cuma ada bahagian atas rumah api je dia simpan dan gambar gambar cantik sebab ada pameran fotografi..masuk percuma..ohh tapi souvenir shop dalam ni best..sebab banyak souvenir Made in Australia..

Next, Albany Goal (pronounce JAIL)..kalau kat Western Australia, Albany ni adalah tempat pertama kedatangan rombongan dari England yang membawa orang salah..jadi Jail ni adalah jail terawal kat WA la..harga masuk AUD5..agak kecil..tapi sebagai manusia penakut...ada gak la fefeeling terkejut sendiri sorang sorang..kat sini cuma sorang je yang pernah dihukum gantung...aku sempat tanya orang yang duty dlm jail tu.."kenapa England hantar pesalah sampai ke Australia, adakah sebab nk conquer negara ini" (padahal, klu baca convicts tu buat salah bengong gila, cth curi roti)..dia jawab "sebab kat Egland dan penuh jail"...derhhh...tak logik langsung jawapan, tapi paham paham je lah mat saleh kan..very macam ko je betul dan bagus (cheh..dah kenapa aku nak racist tetiba kat sini?)okbye!
bawah gallow yang menamatkan nyawa hanya seorang je manusia kat Albany Gaol ni..masa amik gambar ni langit gelap..pastu ada angin angin sikit..klu aku penakut sikit mesti dah batalkan niat amik gamba

Petang tu, aku jalan jalan kat pekan Albany je..pekan kecik dan macam kembali ke zaman lampau..ada few churches, Town Hall yang dah lamaaa gila dibina, kedai asian, kedai kedai biasa..dan..sebab musim sejuk..aman aman je aku menapak...oh..dan parking kat sini semuanya free ye tak kira hari dan waktu yay!

Hari Sabtu: Mengucapkan bye bye pada Debbie..kesian..rupanya dia sakit autoimmune jugak...dah la tinggal sorang.walaupun ada 5 anak...eh..sempat pulak dia membawang dengan mak aku kan :|

Gerak dalam pukul 10 sebab cekout kol 10, singgah Dog Rock amik gambar..Dog Rock ni sebiji bau berbentuk kepala anjing kat tengah tengah simpang..kiut gak..lepastu singgah Woolworth dekat je situ, beli bekal dalam perjalanan..dingdong dingdong..dekat pukul 12 lah baru gerak dari Albany...bye bye albany..thank you!
inilah rupanya Batu Berbentuk kepala anjing..kiut kiut je siap ada collar lagi

Dalam sejam drive, nampak museum Mt Barker kat tempat nama Mt Barker..singgah kejap dalam sejam..bayaran AUD5/pax..menarik dari museum Albany..sebab cantik dan lebih luas..dia macam ada rumah-rumah berbeda-beda..ada makcik tua gak la 60+ jadi volunter cum tour guide kitaorang masa tu..aku mintak tolong amik gambar, dia g selfie pulak guna fon tu..hahahahaha...
begitu comel aunty ni mengambil selfie banyak banyak dengan fon aku..lalu camera roll aku penuh gambar dia hiihihi

Sebab dah dekat pukul 2 dari Mt Barker, aku singgah kejap je tepi jalan, tempat stop yang cuma ada 1 picnic table kot dan few tong sampah..toilet pun tarakk..kami berhenti untuk solat dan makan, dengan misi nak sampai fremantle sebelum gelap!

snek semasa memandu..sebenarnya nak makan cream tu je..tapi rasa kejam gila kalau aku dok spray lemak tu direct ke mulut aku..terpaksa lah makan dgn strawberry
 
Cun!sampai Fremantle dekat pukul 7..oleh sebab parking kat luar hostel tu free start kol 8 malam, aku pun pergi Kailis Fish Market dulu...sampai sampai matahari nak terbenam..ok..sekali lagi ngangaaa sebab cantik hokey..rupanya kawasan Kailis ni memang sebelah jetty dan banyak jugak kedai makan lain, tapi sebab kailis ni paling femes..jadi aku decided kena cuba yang ni!

ni gambar sunset kat Fremantle depan Kailis Fishmarket..cantik..tapi agak sejuk..jadi tak dapat aku nak feeling2 soaking in the moment masa tu..sebab terkocoh kocoh sibuk nak cari toilet :|

Dah siap makan dalam pukul 8.30..cek in kat Jail!teng teng teng!!!

Hari Ahad: Initially plan nak join Tour kat Fremantle Prison, aku nak amik tour yang pukul 11.45 pagi.. tapi sebab tengok mak aku excited beli souvenir kat Fremantle Market..lepastu sambung kat E-shed sampai dekat pukul 1..aku layankan jelah..lagi pun aku dah pergi Albany Goal, dan dah baca jugak informasi kat Fremantle Youth Hostel tu pasal Fremantle Prison..so ok lah takyah la pergi Tour next time maybe..lepas habis mak aku puas hati shopping, kami pun mengucapkan bye bye kat Fremantle..(or so I thought so)
ini gambar dari tepi Fremantle Market..cuma buka weekend dan selected public holidays rasanya..tapi..aku lagi suka Victoria market kat Melbourne kot

kat belakang pintu cubicle toilet kat fremantle market..mungkin toilet ni mengalu alukan sesiapa yang berseksualiti bukan lelaki mahupun wanita juga..

Singgah Cottesloe beach dulu..sebab kawan kakak aku kata kena singgah sebab ni pantai kat Perth..tapi, oleh sebab aku dari Albany yang banyak pantai pantai cantik, Cottesltoe ni macam ok ok jela..tapi..worth la jugak sebab dah sampai kan..kalau tak baca dan tengok gambar je..lain lah feel nya..
ini Cottesloe beach..banyak orang jogging bawak anjing walaupun pukul 1tghr..kalau aku penduduk sini pun mungkin aku akan rajin jogging jugak..chewahhh sembang...

Sebelum cek in hotel ter-lalu pulak Watertown Brands Outlet..singgah la kejap konon nak window shopping..tapi sebab tu hari Ahad..aku jadi pening sebab ramai gila orang..windownya pun susah nak nampak :| ..aku cuma pergi minum Milkshake Lindt je.harga AUD8/cup..so far, ni milkshake yang paling berlemak aku pernah minum..dan menyebabkn aku yang suka makanan berlemak ni rasa hampir muak... 
inilah dia secawan Lindt Milshake 1st time jumpa jadi aku jakun...tapi mak aku kata kat Switzerland konon tempat asal Lindt ni takde pulak cafe Lindt jual Milkshake cmni..

Malam tu, sebab teringat ingat crabstick Kailis, aku ajak mak aku g Fremantle balik (hello again Fremantle!)..huahaha..gigih tau demi untuk makanan!!kali ni aku beli crabsticks je 3 ketul..mak aku beli udang dan sutun goreng..takde pun fish nya..hahaha..lepastu masa untuk hantar kereta dekat dekat Hay street..senang je hantar kereta, park kereta, lepastu dropkan kunci..esoknya dia akan cek cek, kalau takde pape dia akan cancel deposit aud100..easy..lepastu jalan kaki balik hotel..best..sebab sejuk..dulu masa bapak aku keje Guangzhou..aku suka sangat menapak dengan mak aku tanpa hala malam malam...ni ala ala throwback la..hewhew :')
hello sekali lagi crabstik yang enak!

One with the car! terima kasih kereta!! nampak tak penampakan kening aku yang lurus dan hitam di situ..hewhew..i got my eyebrows back!!

Hari Isnin: Tempat pertama aku nak pergi adalah Watertown hari ini..sebab ramai pulak pesan handbag..jadi gigih aku jalan kaki dari hotel pergi situ...tapi pencarian gagal!!..tak jumpa handbag yang menarik!
antara pemandangan dari hotel ke watertown..chech padahal gambar signboards jahhh

Dengan kecewa aku naik bas CAT percuma nak balik hotel..tapi tersinggah Yagan Square pulak..jadi, jalan jalan feefeeling amik gambar kat sini dan diteruskan dengan menapak ke hotel sambil singgah dimana mana kedai sepanjang jalan yang aku rasa menarik
salah satu sudut Yagan Square..Yagan ni dulu orang Asli kat ostolia..pastu dia buat jenayah apa eh lupa..kepala dia kena penggal dan kulit dia bertatoo kena siat..kepala dia dibawa ke luar negara mana ntah england kot..pastu beberapa tahun lepas (in 1990-s) orang asli ostolia mintak balik kepala tu secara aman..

Balik hotel dekat pukul 5, kedai pun nak tutup..aku pun lepak kat hotel je layan TV channels yang banyak dan menarik

Hari Selasa: Cadangannya nak bawak mak aku pergi Caversham Park..tapi tour tu penuh pulak...jadi tuka kepada naik bas hop on hop off...mula mula naik je tak berenti duduk je dalam bas tu..dalam masa 2 jam settle semua 12 stops...
pemandangan bandar Perth dari atas bas dari Kings Park

Lepastu berhenti kat stop 1, Elizabeth Quay..sebab nak pergi Bell Tower..ku pikir apa lah bell tower ni..rupanya ni bell kat church dari england yang di pinjamkan forevahhh kat perth ni..ngahaha..tapi, ok la..new knowledge...tiket aku tu jugak melayakkan aku dan mak aku try menggoncangkan loceng loceng kat tower to..berat ok, semuanya lebih 200kg..kena tarik tali ni..sampai lah berbunyi...selalunya loceng loceng ini akan dibunyikan dengan panjang (dalam 3 jam) bila ada event event tertentu contohnya bila ada perkahwinan diraja..(wow penting betul informasi aku)..kat luar bell tower ni ada jugak la love lock yang tulis nama kat mangga lepastu gantung..eyyy koser aku nk buat cmtu...cheesy

ini gambar jambatan kat elizabeth quay..mengingatkan aku kat jambatan darul hana kat kuching

lovelock gitchewww
inilah ghupenye bell tower tu..kecil je pun..kecik sangat lah..ku pikir se gah eifell tower..atau tower apa ntah kat melbourne yang boleh tengok bawah lantai lutsinar tu..tidak ya

Lepastu jalan jalan cuci mata dan poket kat bandar perth..masih dalam misi mencari bag tangan yang cantik untuk mereka yang memesan...

Malam tu lepas maghrib, sejuk sejuk tu, gigih ajak mak aku keluar pergi Chemist Warehouse sebab semua orang kata paling murah la konon...menapak lagi 1.2km sehala...hujan pulak...hahahah...kan aku cakap mak aku suka jalan jugak :P (atau mak aku rajin melayan aku jalan hahahah)
mak aku..kiut kiut je pakai rain coat sebab hujan..gigih melayan aku nak pergi jugak chemist malam malam ni

Post Chemo Celebration! Bahagaian 4 sbb blogger.com ni bangang

Assalamualaikum

Sambungan..

Hari Rabu: Ingatkan nak pergi Kings Park, skali salah tunggu bas pulekk.. telah termembazir masa 1 jam..demmit...tapi masa jalan jalan sekitar bus stop tu ternampak lah Muzium Bomba, Muzium Hospital..lalu singgah lah aku dan mak aku..2-2 tu pun free..sekadar ikut suka la klu nk donate...ada banyak je muzium lain dan churches untuk dilawati kalau rajin..tapi aku dah membebel bebel tunggu bas, aku pass je benda benda tu..
ni RPH Museum..Royal Perth Hospital..kecik ketot je tempat ni..building dia lama gila ada kelas jugak dalam tu tempat budak medic blaja kot

Lepastu round lagi Perth naik bas Hop on Hop Off, tengok (dari atas bas) Opus Stadium, Kings Park, Crown, tempat casino..ohhh ada jugak show Aladdin masa tu...hishhh kalau tahu awal boleh aku tengok..takpe lah..next time jugak!
selfie dengan Opus Stadium dari atas bas

Dan last but not least, singgah pergi Watertown untuk kali ke-3..misi kali ni nak cari luggage bag yang besaq sebab barang kami dan beranak pinak...dan..yess!! jumpa...dengan happynya aku menolak bag tu naik bas Hop on Hop Off balik ke hotel..hehehehe

Lepastu balik hotel..dan aku sambung jalan sorang sorang kat sekitar situ, London Court Perth, Hay Street etc etc..mak aku dah surrender petang ni..dia nak duduk kat hotel je katanya..hahahahah
aku pergi london macam 15 tahun lepas???jadi aku tak tau lah london court kat perth ni resembles any parts of london ke camno..tapi dia cuma satu lorong kedai souvenir yang cantik la..selain souvenirs ada la salon..kedai minum2 kot..

Malam tu, skali lagi aku men-drag mak aku pergi Chemist..sorry mak hahah..gigih betul kaki aku ni...ye lah alang alang sihat, baik aku guna kan dengan baik...

Hari Khamis: Pagi ni aku buat ala ala tawaf selamat tinggal kat CBD..pergi tukar barang aku beli yang tak jadi nak beli..belikan souvenir terakhir dan pesanan pesanan terakhir orang yang memesan barang

Lepastu pukul 11 checkout dan...balik!!

10. Makanan..

Ok..plan asal aku book AirBnb sebab momo konon nak masak..tapi semua cancel..mak aku pulak jenis tak reti masak kat rumah orang..aku pulak..memang jenis tak berapa reti masak :|...

Jadi..masa Hari 1st..aku makan Turkey Kebab kot nama dia dekat dekat rumah Michelle tu..1 kebab AUD10...mak aku beli 2..besar gila..aku makan separuh je..membazir betul aku ni..

Kat Albany pulak, breakfast kat Debbie's, siang siang bawak meggi, atau masak nasi putih makan dengan sambal Che' Nor atau Tuna Pedas...malam makan kat kedai kebab..satu satunya kedai halal kat sana..kami order 1 meal je setiap malam untuk 2 malam pertama..1 meal dalam aud18-20..malam ke-3 dah lapar gila, aku yang tamak pergi tambah seafood platter...tapi tak habis kentang kentangan itu...sekali lagi membazir..
selama 2 malam berturut makan ni nama dia Doner platter klu tak silap...bawah skali fries berlambak..atas tu daging kambing dan lembu salad salad banyak..pastu roti grill..

Dalam perjalanan, mak aku masak nasi putih, makan dengan Che Nor lagi...kami beli banyakkk coklat sebab murah dan boleh jadi alas perut yang bagus...beli buah buahan sebab ia menyihatkan, tapi aku tambah cream..ngeehehheh jadi, ke laut lah makanan sihat itu
cokalt kegemaran sejak umur 8 tahun..tapi yang bulat buat tu lah..yang bar ni baru tau kewujudan masa g perth hari tu..lalu terus berada top of the list

Kat Fremantle, makan Kaili's la..perghhh fish and chips dia memang segar..tapi, sebab aku pernah rasa yang sedap macam ni masa aku pergi Melbourne dulu,aku x la teruja sangat..aku lebih teruja dengan crabstick dia yang crispy diluar lebut di dalam..panas panas..makan pulak kat luar berteman kan kapal dan seagull dan sos sos cili kfc dari malaysia..sedap hokey!!!tak menyesal aku pergi sampai 2 kali...

 yang ni seafood platter di tambah crabstick seketul..ok crabstick dia kan...dah dekat 20 kali aku cakap kat sesapa je..sedap wey

Oh, lepastu kat Fremantle market ada 1 gerai Labanese Food..yang dijual oleh pelajar Islam dari jordan..dia tgh buat PHD cari duit lebih..dia nasihatkan aku tentang kehidupan..dia cakap "semua benda adalah ujian Allah, minta pada Allah selalu, akan ada jalan keluar bagi setiap masalah kau"..dan, yes.itu kebab tersedap sepanjang aku kat sana..roti dia crispy daging just nice...kami order 1 je kebab bahagi 2..lepastu dengan air 1 tin harga aud15..sesapa yang nak pergi Fremantle Market singgah la gerai dia...dia tak lama dah..abis Phd dia balik Jordan..semoga mamat tu menjadi seorang Professor yang bagus satu hari nanti...
bersama owner gerai kebab yang masak wrap paling enak aku penah makan (walaupun aku tak tambah sos cili)

Kat Perth pulak mak aku masak je..beli togeh kat woolworth, beli bayam, beli telur,beli kentang, beli fish fillet sebab terkenang kailis (not bad..segar dan sedap jugak la) makan tuna dalam tin yang tak habis habis sebab aku je makan sorang, mak aku tak makan..beli pancake batter yang segera tu, beli buah, coklat lagi dan lagi...


 masak pancake dengan batter segera..cuma tambah air..sedap..makan macam tu pun dah sedap
tapi...aku makan macam ni :| #resipikegemukan #bilanakjadilisasurihaniyangkurus
makanan pilihan keluarga poksen..kentang potong sendiri goreng sendiri..makan dengan cili sos..dulu sekolah rendah kalau atok buat bekfes ni rasa macam "yessss!!!!'

Selain tu, ada la in between tidbits aku beli..macam susu hokey pokey yang sedap gilo!coklat, keropok smits yang murah dari malaysia, keropok Burger Ring, sebab terpengaruh dengan nanirostam, tapi xsedap langsung, menyesal beli..air coke schweeps etc etc.. 
sebagai penggemar makanan dan minuman penuh lemak susu choc honeycomb ni memang terbaik.aku tak rasa la pulak segala coffee drinks dia sebab aku tak suka kopi

Aku tak beli ice cream banyak sebab bila baca ingredients ada gelatin...unless it's said to be made from agar agar (macam kat tempat jual madu tu)..atau memang tulis gelatin sourced from plants origin..aku x beli lah..

satu-satunya ice-cream aku makan, dibuat dari agar agar, dan bahan berunsur tumbuhan sesuai untuk vegetarian serta tidak mengandungi alcohol..ni kat denmark tu la

Untuk yang tak nak masak..kedai halal banyak je kat Perth, sila sediakan duit dan pilih..aku hari ke 5 je dah tak larat nak menyumbat kebab dan adik beradiknya...stakat nk makan nasi goreng tu..aku je la masak guna perencah kat hotel..sedap juga...hotel aku ni dekat dengan Insan's cafe yang terkenal dikalangan orang Malaysia, tiap kali aku lalu mesti ada orang malaysia, tapi aku tak singgah pun..

11.  Shopping

- Ok, 1st of all, Watertown tu tak la murahhhhh pun..aku rasa lebih kurang JPO je lepas convert..murah lagi DPO ke apa nama kat Melbourne...tapi, klu rajin merayap dan bertanya, dapat jugak good bargain..contohnya..aku pergi kedai Strandbag kat haystreet tu, luggage antler yang besar tu AUD139...aku pergi Strandbag yg kat watertown lebih kurang tu kot atau murah sikit je..lepastu, aku pergi 1 kedai bag kat ground floor, bag yang sama, aku dapat cuma aud109!yay!!murah...
nak beli handbag fossil pulak...diskaun dia mcm flat je 40% kat kedai tu..ada la sling bag yang boring aud79 & aud99..tapi, masa hari rabu, aku pergi dan kedai tu takde orang, aku tanya kat salseman tu..aku nak bag bawah aud140..sila tunjuk..haaa dapat lah aku 1 tote bag aud149, 1slingbag aud109, wallet aud29..
yang best kat watertown ni roxy n quiksilver dia..memang murah gilo..sebenarnya kat albany pun ada jual dah murah pun dari malaysia, tapi kat watertown ni lagi lagi murah..jadi, boleh la kasik orang souvenir dari sini..sebab barang jenama Australia kan..walaupun made in China....kalau cotton on pulak, aku rasa x yah la beli dari sini..sebab kat malaysia lagi murah kalau sale...tapi, klu rasa sesak sesak xde baju ok la

-chemist warehouse...hmmm..kan orang dok kata kena pergi..murah murah yada yada..fact check! tak jugak lah..sekali lagi.key is..rajin merayap..ngahahah..macam aku beli fish oil momo kat woolworth 200capsules cuma aud9.50 kat chemist pulak aud9.90...perfume pun sama...ada je kedai kedai lain yang lagi murah dari chemist...tapi..secara umum..klu ko jenis malas merayap...memang murah la dari malaysia..kalau memang ko niat nak pergi sekali je n grab semua benda, ok lah pergi chemist ni..
yang ni sume beli kat chemist sebab last minit orang pesan..tak sempat pulak aku nk compare harga tapi still murah dari malaysia...murah banyak :|

-Departmental stores.. David Jones..ok, ni kedai orang up up ni..hahahaha..aku beli sling bag nine west aud69..lepastu jalan sikit..jumpa memang kedai nine west..sama design, lain color..aud29 sajork terus iols grab dan memulangkan yang aud69 tu :P ...myers..pun mahal jugak..tapi tak semahal David Jones..tapi, kalau ada sale murah la jugak..Target... secara general..murah..aku dapat good bargain wey...bedsheet king size dengan flannet dan 2 sarung bantal cuma aud15!!!kain dia best! kat sini juga aku beli banyakk baju Momo sebab dia ada brand Mr Big..murah gak la dalam AUD30 ke bawah..ye laaa klu beli kat kedai  XXXL yang selalu kat giant tu pun sehelai kemeja dekat RM100 kot :| KMart..haaa ni mmg murah..barang sume made in china..tapi lagi murah dari kat China..so how? terpaksa lah mak aku memborong banyak mainan untuk Zepzep...Reject Shop..aku suka kedai ni sebab murah dia lain macam..tapi selalu habis..sempatlah aku belikan adik aku shower gel Origins Aud1.50 je..kat luar jual AUD4.00..bath salt AUD1.50 kat luar plg murah AUD10 4 biji..Woolworth pulak tempat aku beli buah, coklat, makan makan..ohh lagi 1..tips adalah, klu kata ko jumpa benda tu murah kat Woolworth,ko grab je kalau nak, sebab kalau tunggu esok lusa mungkin tiba tiba mahal dan kau menyesal...huhuhu

-Coklat!coklat dia kat sini murah...yang made in Australia n New Zealand of course la murah dari Malaysia, tapi yang made in Switzerland pun murah dari Switzerland kata mak aku..dah cmno?? mak aku beli Lindt dari sini lagi banyak dari masa dia balik dari Switzerland hari tu..memang chocolate heaven sungguh..aku beli cadbury crunchie yang 350g kat Woolworth Albany cuma AUD3.50/bar..esoknya singgah woolworth kat perth dah jadi aud5.00 seb baik iols dah beli 5 bar

-Correlle...aku selalu baca orang kata Correlle murah kat sini..lalu mak aku memasang misi nak beli pinggan correlle..aku tak tau orang beli kat mana sebenarnya tapi untuk aku yang paling murah adalah kat Woolworth ye kawan kawan..1 pinggan makan AUD4.20..kalau kat langkawi 1 RM30 kat Sogo RM45..jadi, mak aku beli 12 :|... 2 mangkuk lauk, 2 mangkuk nasi...1 periuk tefal...1 periuk nasik.. :| :| :|....dan yes..tips dia.. benda benda ni..beli kat woolworth plg murah...tefal dia murah ok..nangis aku sebab bag dah berat sangat tak boleh beli...tapi kalau kat David Jones tu Myers ke mahal la jugak benda benda ni..tapi still lagi murah dari Langkawi..dan yang penting Tefal dia made in France bukan made in china macam banyak sekarang kat langkawi (ok jangan tanya aku kenapa penting sangat made in France..kan aku cakap kat atas aku racist..ehhh)
hasil tangkapan ibu tercinta pada hari sampai sampai di perth..*tepuk dahi*

-Keychains and stuff..kalau korang sejenis manusia ramai kawan dan sedara mara yang nak kena diingati..paling senang dan murah beli kat Fremantle Market atau E-Shed..tapi souvenir dia standard la keychain, magnet, made in china mostly...jangan berangan macam aku terlupa terlupa pastu nak beli kat Perth CBD harga mahal okey..tapi, kalau aku lah, baik beli coklat wey buat souvenir..sebab murah gilaaa..*nangis lagi teringat coklat*

-Ohhh satu yang aku suka kat sini..adalah 30days return policy...berapa banyak kali daaa aku beli barang..lepastu balik rasa tak best, esok g pulang, refund duit..hahahah macam best pulak...jadi, kalau berangan nk OOTD kat Perth g la beli handbad apa2 jacket ke..pastu bawak jalan 1 hari, jangan bukak tag, esok g pulang :P..

okey, tu je lah kot kisah pengembaraan aku yang panjang lebar..dekat 6 jam aku tulis benda ni...ni last lah aku tulis panjang lebar penat woi..hahahahhh

Kesimpulannya, aku bersyukur, beyond words to express how grateful I am to be given the chance...atas peluang untuk aku rasai 2018...dari segala kesengsaraan dan air mata, sampailah ke keagungan cantiknya ciptaan Allah di bumi Australia..

Lepas ni, aku tau, hidup aku mungkin bukan terus atas baldu selamanya, akan ada lagi duri, batu kerlikir, lopak air atau mungkin tanah runtuh yang akan aku perlu lalu, semoga aku selalu tabah..dan ingat pesan katy perry "After the hurricane comes the rainbow"ahaks

Ciao!Bye!