Assalamualaikum
Haihhh lama betul aku tak menulis blog...
Sebenarnya dah banyak benda aku draf...
Tapi sebab hari ke-4 post chemo hari tu aku dah balik JB...dan almaklumlah connection DIGI kat bandaraya johor bahru specifically rumah nenek aku ni macam*^*&(*)**(, terpaksa lah aku lupakan
Hari ni, dah habis penat lelah tolong nenek aku buat preparation raya, aku gigih jugak nak menaip...
Selepas aku beritahu orang pasal sakit kanser aku ni, ramai lah orang yang contact aku dan Momo, menyatakan rasa simpati, dan berdoa agar aku cepat sembuh..terima kasih semua!!!
Tapi, boleh tak kalau aku nak cakap yang sebenarnya aku tak lah betapa gemar semua spotlights tu..tiba tiba iols rasa macam "wow ramainya yang mengambil berat..malu iols"hiks
Dan lebih lebih lagi yang aku tak suka adalah, bila orang nak nasihatkan aku itu dan ini...
Ok..macam mana aku nak cakap ya...
Sebelum tu, biar aku beritahu, semua yang aku bakal tulis ni, adalah dari pandangan peribadi aku je, mungkin aku ni lain dari orang lain, disrespectful, tak bersyukur, atau berlagak sombong, whateverlah, tapi..ini lah yang aku rasa...
Sebenarnya, masa awal awal aku tahu aku ada kanser, benda yang aku buat SETIAP MASA adalah "GOOGLE"
Aku search semua benda..you name it!
-cancer and foods?
-why i got cancer?
-what is cancer?
-cell mutation and cancer
-what is carboplatin?
-when will my hair grow?
-is joint pain permanent after chemo?
-who invented chemo?
-why does chemo has to be so painful?
-is McDonald's bad for cancer patient?
-can i drink coconut water after chemo?
-what are the foods bad for cancer?
-what is laparoscopy?
-does IVF hurts?
-types of tumor
-semua background check doktor doktor aku..
dan senarainya beratus ribu lagi...
Korang tahu tak, yang 2 minggu pertama lepas aku tahu aku ada cancer aku tak boleh tidur?
sebab dalam otak aku ada berjuta juta soalan, dan berbillion billion jawapan yang aku kena digest sebab aku google...
Korang tahu tak yang dua bulan pertama dalam tahun 2018 aku ni adalah bulan bulan yang disaster?
Yang mana aku kena manage aku punya otak, dan physical pain, dan pelbagai procedures yang tidak menyeronokkan langsung...dan aku masih jugak struggle dengan berjuta soalan dan jawapan dalam otak
Ye, sebab aku ada issue dengan diri sendiri..even sebelum aku cancer pun, aku adalah manusia yang sangat banyak soalan pelik...dan aku suka je google..atau tanya orang,atau baca buku..soalan soalan aku kadang kadang tak penting langsung, tapi, apa yang aku nak cakap, aku bukan orang yang boleh duduk diam je..otak aku memang sentiasa ada benda yang tak puas hati..
Dan bila aku ada cancer, habit aku untuk tahu banyak benda ni, bukan sesuatu yang bagus langsung pun....
Aku amik masa yang lama, untuk berhentikan habit aku tu, sebab aku sedar yang lagi banyak aku nak tahu, lagi banyak aku risau, dan bila aku risau, aku stress dan perkara tu tak baik langsung untuk keadaan kesihatan aku...
Aku berhenti untuk Google secara excessive bila kawan kawan rapat aku mula bising kat aku... "dah la tu **, ko tak yah la google, nanti kau pening...lagi banyak ko google lagi takut kau..kau ada doktor-doktor yang bagus kot"
Dan bila Dr KK cakap kat aku lebih kurang macam ni "OK, kau boleh google, TAPI, jangan percaya..tanya balik kat aku apa yang kau google tu betul ke tak..jangan main percaya je"
Dan aku mula sedar yang aku kena "pilih" sumber yang aku perlu percaya bila dermatologist aku, Dr Chang..cakap kat aku lebih kurang macam ni"Bukan kau yang patut risau macam mana nak sembuhkan sakit kau..itu tugas aku, sebagai doktor untuk pastikan kau sembuh dengan baik secepat mungkin"
Jadi, flash forward beberapa bulan selepas segala disaster pada Januari dan Februari, hari ini, aku berjaya mengurangkan aktiviti google meng-google terutamanya pasal cancer...
Dan kalau aku gatal google pun, aku pastikan soalan soalan aku akan aku tanya balik kat Dr Rachael untuk jawapan yang aku lebih yakin...
Oleh sebab itu, aku sangat lah tidak menghargai, bila sekarang tiba tiba, orang "nasihat" aku, jangan makan ni, jangan makan tu, jangan buat ni, jangan buat tu, jangan pergi sini, jangan pergi situ, beli makanan ni sahaja, beli makanan itu sahaja
All those kind of *******t, i appreciate it, but no thanks I do not need it...
Tahu tak betapa penatnya aku struggle awal awal?
Betapa susahnya aku nak build trust dengan doktor doktor pakar aku (yes aku ada MAJOR trust issue)...
Dan, sekarang, bila aku dah betul betul percaya pada mereka,aku tak nak dengar lagi benda benda yang hanya akan membuatkan aku risau...
Why don't you guys give me a teeny tiny weeny bit of respect on my stand of not listening to those kind of advice..
Ada sebab kenapa aku pergi dapatkan rawatan kat Prince Court, sebab aku ada trust issue.. dan aku nak dapatkan rawatan yang aku rasa paling baik..
Jadi, memandangkan aku dah dapat pun doktor doktor pakar yang sangat sangat bagus, aku percaya, yang mereka adalah orang orang yang paling aku patut dengar cakap...
Bukan dari orang orang lain, apatah lagi google...
Sebenarnya aku sangat frust, bila ada orang orang yang muncul tengah tengah tahun dan tiba tiba push aku buat itu ini...jangan buat itu ini..
Sumpah aku penat gila tahun ni...Tuhan je tahu..jadi, tolong beri aku masa dan ruang untuk nikmati hidup aku, dengan cara aku, sekejap je....
Nanti aku dah settle semua lagi 6-7 bulan korang nak bebel apa kat aku, silakan..aku boleh fikirkan timbang tarakan apa yang korang bebelkan..buat masa ni, aku takde tenaga dan masa untuk tu...
Aku cuma nak raya dengan meriah je...ok?
Bye!